Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Saudi benarkan remaja 12 - 18 tahun tunai umrah -

Saudi benarkan remaja 12 – 18 tahun tunai umrah

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan, remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang telah menerima dua dos suntikan vaksin akan dibenarkan untuk menunaikan ibadah Umrah.

Arab Saudi mula menerima permintaan ziarah Umrah dari luar negara untuk jemaah yang divaksin mulai 9 Ogos, setelah hampir dua tahun tidak menerima jemaah di luar negara akibat wabak COVID-19.

Berdasarkan kapasiti yang akan meningkat kepada dua juta jemaah dengan 60,000 jemaah setiap bulan, Mekah dan Madinah akan mula menyambut pengunjung dari seluruh dunia sambil mengekalkan langkah berjaga-jaga mengekang COVID-19.

Menurut pegawai di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, jemaah haji tempatan dan luar negara perlu menggunakan pasport vaksinasi COVID-19 yang sah untuk permohonan menunaikan ibadah Umrah.

Bagaimanapun, jemaah yang telah divaksin dari negara senarai kod merah harus dikuarantin semasa ketibaan.