Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu -

Maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu

SEORANG anak sanggup mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka dalam kejadian di Batu 5, Jalan Jeniang dekat Gurun, Kedah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

Katanya, ketika kejadian hanya suspek dan mangsa berada di rumah.

Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan senjata pisau tumpul dan sehingga kini polis masih mencari senjata digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek keluar rumah dengan menaiki motosikal sejauh lebih dua kilometer sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya dan meninggalkannya di bahu jalan.

“Suspek kemudian bertindak nekad meluru ke tengah jalan dan maut dilanggar lori,” katanya memetik laporan Astro AWANI ketika ditemui di lokasi kejadian.

Polis sedang menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. – SB