Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pengarah sempat urus 19 jenazah Covid-19 sebelum meninggal dunia -

Pengarah sempat urus 19 jenazah Covid-19 sebelum meninggal dunia

Oleh Abu Ubaidillah Rahman

PENGARAH Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Kuzaini Hamidon, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, hari ini kerana kegagalan fungsi organ.

Allahyarham yang juga pegawai khas mengendalikan pengurusan jenazah Covid-19 berpusat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’, Cyberjaya 10, dimasukkan ke hospital selepas rebah di kediamannya di Puchong Perdana semalam.

Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi tadi ketika menerima rawatan.

Allahyarham yang berusia 47 tahun semasa meninggal dunia meninggalkan isteri, Nor Azean Ahmad, 44, dan tiga anak.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussain berkata, Allahyarham seorang pegawai yang berdedikasi dan komited dengan kerjanya sejak mula bertugas di MPSepang sejak tahun 2012.

Menurutnya, Allahyarham diberikan tugas khas untuk mengendalikan pengurusan Jenazah Covid-19 berpusat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ membabitkan jenazah pesakit Covid-19 daripada Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

“Sejak diberikan tugas khas itu, Allahyarham sempat menguruskan 19 jenazah bermula Sabtu lalu.

“Pemergian Kuzaini adalah satu kehilangan besar kepada MPSepang dan seluruh warga pihak berkuasa tempatan (PBT) ini,” katanya. – SB