Tag: ziyad
-
Saya bertanggungjawab atas apa yang berlaku – Jurulatih Ziyad
JURULATIH lontar peluru para negara, Mohd Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden pembatalan pingat emas dimenangi jaguh lontar peluru kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Mohd Faizol berkata, sebagai jurulatih beliau adalah individu yang paling dekat dengan Ziyad sepanjang temasya itu. “Kepada semua pihak yang mencari siapa yang bersalah dan tidak bersalah…
-
Jangan putus asa Ziyad: Azizulhasni
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi kesedihan dan memahami rasa kecewa Muhammad Ziyad Zolkefli selepas kemenangan pingat emas di Paralimpik Tokyo diragut gara-gara bantahan negara Ukraine. Azizulhasni yang pernah mengalami nasib yang sama dengan atlet para negara itu turut memberikan kata-kata semangat supaya Ziyad tidak berputus asa. Sambil mengucapkan tahniah kepada Ziyad Zolkefli…
-
Rayuan ditolak, Ziyad mohon maaf
KEPUTUSAN membatalkan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli kekal selepas rayuan tiga negara termasuk Ecuador dan Australia ditolak dalam mesyuarat khas sebentar tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Team Malaysia (@TeamMsia) di laman Twitter sebentar tadi. “Keputusan yang bukan diinginkan tapi harap Ziyad kuat, walau apa pun terjadi, Ziyad tetap juara di…
-
‘Ziyad, anda juara di hati kami’
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui seluruh negara berbangga dengan pencapaian jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekalipun pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 petang tadi masih belum ‘dipulangkan.’ Ismail Sabri menerusi akaun Twitternya menyifatkan betapa Ziyad tetap juara di hati seluruh rakyat Malaysia khususnya menerusi kejayaan memecahkan…
-
Ziyad terlepas pingat emas selepas protes atlet Ukraine
ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas protes daripada atlet Ukraine. Menurut laman Twitter Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan atas kemenangan Ziyad.