Tag: Tuntutan palsu
-
10 kes tuntutan palsu, AMLA Azlan Man dibicarakan bersama
MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat membenarkan 10 kes mengemukakan tuntutan palsu mencecah lebih RM1.18 juta dan menerima hasil daripada aktiviti haram (AMLA) berjumlah RM1.06 juta membabitkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man untuk dibicarakan bersama. Azlan, 64, sebelum ini dituduh atas lima kes mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis sementara…
-
Pemilik syarikat bergelar datuk,adik bebas tuduhan tuntutan palsu lebih RM1.5 juta
DUA beradik pemilik syarikat pembungkusan minyak masak subsidi hari ini dibebaskan sepenuhnya daripada 52 pertuduhan berhubung tuntutan palsu pembekalan minyak masak kepada syarikat peruncit berjumlah lebih RM1.5 juta. Sebelum ini Datuk Mohd Farid Mohamad Ali, 44, dan adiknya Mohd Fadhil, 40, dilepas tanpa dibebaskan atas kesemua pertuduhan itu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin hari ini membebaskan dua…
-
Suri rumah rugi hampir RM500 ribu,terpedaya ‘phone scam’
POLIS Perak menerima satu lagi laporan individu yang mengalami kerugian wang akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) dalam satu kejadian di sini, Sabtu lepas. Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kali ini ia melibatkan seorang suri rumah berusia 50-an yang mengakibatkan kerugian hampir RM500,000. “Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis…
-
Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
LIMA lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan tiga kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.5 juta. Perintah reman terhadap kesemua mereka berusia lingkungan 40 hingga 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Syuhada Abdullah di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Tuntutan berkenaan…
-
Peniaga mengaku tak bersalah, tuntut RM1.12 juta program Penjana
SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi program Penjana Kerjaya 2.0 membabitkan jumlah RM1,123,030. Mohd Eszahar Mansor, 38, didakwa dengan niat memperdaya Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Perkeso Melaka Nurshahera Nordin dengan mengunci masuk 19 pekerja syarikat Eszahar Maju Enterprise ke dalam…
-
Empat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu Program Penjana Kerjaya
EMPAT individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi Program Penjana Kerjaya 2.0 membabitkan RM208,400. Keempat-empat tertuduh itu ialah Mohamad Firdaus Fauzi, 28, Muhammad Ammar Roslan, 31, Muhammad Danish Fauzi, 22, dan Lajis Majid, 64, Mohamad Firdaus berdepan tiga pertuduhan dengan dua…
-
Tuntutan palsu: Pengerusi koperasi direman enam hari
SEORANG pengerusi sebuah koperasi di Kedah direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di negeri ini melibatkan nilai RM20.3 juta pada 2015. Perintah reman selama enam hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
-
Tuntutan palsu: SPRM tahan kakitangan GLC bantu siasatan
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang kakitangan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM10,000. Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan. Difahamkan, pada 2017 hingga 2019, suspek telah mengemukakan tuntutan palsu…
-
SPRM tahan pengarah urusan terlibat tuntutan palsu RM7 juta
SEORANG pengarah urusan sebuah syarikat bergelar Datuk ditahan selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM7 juta bagi projek pembinaan sebuah bangunan dengan kos keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta di Terengganu. Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu telah dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. Majistret Irza…
-
SPRM berkas empat individu ‘sapu’ RM300 juta
EMPAT individu termasuk pengurus syarikat hartanah berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menggelapkan wang berjumlah RM300 juta. Sumber berkata, suspek disyaki bersubahat dengan membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di Pantai Timur. Menurutnya, tiga lagi individu ditahan SPRM adalah pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding. “Kesemua…