Tag: tipu dalam talian
-
Penipuan dalam talian: Guru dakwa rugi lebih RM120,000
SEORANG guru mendakwa kerugian lebih RM120,000 selepas diperdayakan dalam urusan membeli seunit sistem membayar automatik rangkaian tol atau SmartTAG yang dijual pada harga RM80 menerusi media sosial. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 54 tahun mendakwa kejadian bermula selepas dia menekan pautan yang diberikan suspek untuk membuat pembayaran. “Mangsa…
-
Jualan ‘cedok-cedok’ tingkatkan risiko penipuan dalam talian
TREND jualan ‘cedok-cedok’ di platform TikTok yang kini menjadi ikutan peniaga dibimbangi berisiko menggalak dan meningkatkan kes penipuan dalam talian. Menerusi trend itu, pelbagai barangan seperti gula-gula, kerongsang dan alat solek dijual secara siaran langsung di media sosial dengan peniaga mencedok barangan menggunakan senduk, bakul atau mangkuk serta dijual dengan harga sekitar RM5 hingga RM1,000…
-
Keselamatan siber kekal sebagai isu diberi perhatian utama
KESELAMATAN siber kekal sebagai antara isu yang menjadi perhatian utama Malaysia susulan peningkatan mendadak kes yang dilaporkan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah kes yang direkodkan berkaitan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel meningkat hampir sekali ganda. Beliau berkata, pada 2019, kira-kira 13,000 kes jenayah siber…
-
Jenayah komersial meningkat sepanjang PKP, kerugian lebih RM11 juta
KES penipuan membabitkan jenayah komersial di Kedah meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021 yang menyebabkan kerugian lebih RM11 juta. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, peningkatan kes terutama membabitkan jenayah penipuan yang mencatatkan sebanyak 1,881 kes pada 2021 berbanding 1,125 kes pada 2020. Daripada jumlah itu, 90 peratus…
-
Kes tipu dalam talian di Negeri Sembilan meningkat, kerugian RM20.9 juta
KES jenayah melibatkan penipuan dalam talian di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,330 kes atau 44.3 peratus dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 1,333 kes bagi tempoh sama pada 2020. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata jumlah itu sekali gus menyumbang 86 peratus daripada keseluruhan jenayah komersial dengan kerugian berjumlah RM20.9 juta berbanding lebih RM18.8 juta…