Tag: tipu
-
Wanita rugi RM180,000 ditipu skim pelaburan wang dan emas
SEORANG wanita kerugian sebanyak RM180,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan wang dan emas, tahun lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita tempatan berusia 43 tahun itu yang membuat laporan polis semalam, mendakwa skim pelaburan tersebut ditawarkan oleh seorang lelaki tempatan yang juga kenalan lamanya pada Ogos tahun lepas.…
-
Pensyarah wanita kerugian lebih RM2.5 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG pensyarah wanita mendakwa kerugian lebih RM2.5 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans, sejak awal tahun ini. Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 52 tahun mendakwa dihubungi suspek kononnnya daripada syarikat insurans pada 22 Jan lepas, bagi siasatan tuntutan palsu dan penggubahan wang haram melibatkan mangsa.…
-
Dua beranak ditahan bantu siasatan kes tipu kutip derma
POLIS menahan dua beranak bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan derma di Sentul, Kuala Lumpur pada Sabtu. Wanita berusia 60 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, susulan tujuh laporan polis dibuat terhadap suspek sejak 21 Mac lalu. Ketika penahanan…
-
Polis Terengganu terima laporan penipuan umrah babit kerugian lebih RM200,000
POLIS menerima lima laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah dan haji oleh dua syarikat dengan jumlah kerugian RM214,315. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata empat laporan diterima semalam (Ahad) melibatkan sebuah syarikat di Kuala Terengganu, manakala satu laporan diterima hari ini membabitkan sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji di Alor Setar, Kedah. Sehubungan…
-
Polis bongkar kegiatan ‘sedut wang’, 7 ditahan
TAKTIK sekumpulan tujuh lelaki menggunakan platform jual beli barang untuk memperdayakan orang ramai memuat turun Android Package Kit (APK) sebelum “menyedut” wang mangsa, terbongkar selepas ditahan dalam serbuan di Jalan Tun Razak kelmarin. Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim, berkata suspek terdiri daripada tiga warga tempatan dan empat warga asing berusia 20 hingga 27…
-
Nak untung RM200,000, wanita hilang simpanan RM37,000
AKIBAT terpaut dengan tawaran pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan melebihi RM200,000 di aplikasi telegram, seorang wanita tertipu, dan mengalami kerugian berjumlah RM37,217. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata wanita berumur 30an itu kehilangan wang simpanannya yang dipindahkan ke lima akaun bank sehingga semalam, dengan harapan mendapatkan keuntungan tinggi. “Wanita itu membuat tujuh transaksi…
-
Wanita mengaku tak salah tipu pakej haji, umrah tanpa lesen
SEORANG wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas tiga pertuduhan menipu dan menawarkan pakej umrah serta haji tanpa lesen yang sah. Bagi pertuduhan pertama, Nur Zaidani Akmal Abdul Majid, 39, didakwa memperdaya seorang warga emas berusia 61 untuk memindahkan wang RM14,000 sebagai bayaran pakej umrah dan haji bagi tahun ini.…
-
Gagal ‘terbang’, bakal jemaah umrah serbu pejabat agensi
MARAH, kecewa dan sedih. Itulah luahan perasaan bakal jemaah umrah apabila gagal ‘diterbangkan’ oleh agensi umrah dan pelancongan seperti yang dijanjikan. Ahmad Saifulrizan Mohd Puad ketika ditemui Sinar Harian di ibu pejabat agensi tersebut dekat sini pada Selasa berkata, beliau sepatutnya terbang ke Arab Saudi bersama 10 ahli keluarga lain pada hari ini. “Sehingga sekarang,…
-
Pengarah syarikat agensi pelancongan didakwa tipu pakej haji
SEORANG pengarah syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang warga emas berhubung pakej haji furada membabitkan kerugian RM24,000, empat tahun lepas. Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu seorang wanita berusia 69 tahun dengan memperdayakannya sehingga mendorong…
-
Jurutera didakwa gubah wang haram, tipu, rasuah babit RM131,600
SEORANG jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) didakwa di tiga Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 13 pertuduhan pengubahan wang haram, menerima suapan dan menipu membabitkan jumlah keseluruhan RM131,600. Izwan Mashuri, 40, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, Hakim Azura Alwi dan Hakim Suzana Hussin. Mengikut 11 pertuduhan, Izwan…