Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
TH Archives -

Tag: TH

  • Ada yang pilih tolak bantuan kewangan haji

    Ada yang pilih tolak bantuan kewangan haji

     SEORANG warga emas Khatijah Ali, sanggup menolak Bantuan Kewangan Haji ditawarkan Lembaga Tabung Haji (TH) kepadanya pada tahun ini, bagi memberi peluang kepada bakal haji yang lebih memerlukan bantuan itu. Pesara sektor swasta berusia 63 tahun dari Melaka itu menganggap, tindakan berkenaan sebagai sumbangan atau sedekahnya supaya lebih ramai individu yang ingin menunaikan haji mendapat…

  • 31,600 jemaah haji Malaysia bergerak ke Arafah esok

    31,600 jemaah haji Malaysia bergerak ke Arafah esok

    SERAMAI 31,600 jemaah haji mula bergerak ke Arafah esok bagi menyempurnakan ibadah yang paling penting dalam Rukun Islam kelima itu. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah haji akan bergerak dari Mekah ke Arafah bermula jam 7 pagi hingga selepas Zohor melibatkan laluan sejauh 21.9 kilometer. Katanya, sebanyak 21…

  • Haji:TH lancar Tabung Nikmatul Khair

    Haji:TH lancar Tabung Nikmatul Khair

    TABUNG Haji (TH) melancarkan Tabung Nikmatul Khair (nikmat kebaikan) untuk membolehkan petugas haji musim 1444 Hijrah menyalurkan sumbangan kepada jemaah haji Malaysia. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata inisiatif itu bagi memberi peluang kepada petugas melakukan infak sebagai tanda kesyukuran kerana dapat hadir ke Tanah Suci bersama jemaah haji…

  • TH saran orang ramai berhati-hati dengan ‘scammer’ di Telegram

    TH saran orang ramai berhati-hati dengan ‘scammer’ di Telegram

    LEMBAGA Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Telegram. TH dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu. TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang…

  • Kos operasi Masyair kekal hingga 2025

    Kos operasi Masyair kekal hingga 2025

    KOS operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatangani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini. Operasi Masyair adalah kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Mina, Muzdalifah dan Makkah selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi  menyempurnakan ibadah…

  • TH sasar 10,000 penyertaan bagi ibadah korban tahun ini

    TH sasar 10,000 penyertaan bagi ibadah korban tahun ini

    TABUNG Haji (TH) menyasarkan 10,000 penyertaan bagi ibadah korban menerusi perkhidmatan digital THiJARI dan pejabat cawangan, tahun ini. Pengarah Operasi Kewangan Shamsul Bahar Shamsudin berkata bayaran korban itu dibuka kepada jemaah haji dan pendeposit di tanah air sejak pertengahan bulan ini hingga 24 Jun depan. Beliau berkata bayaran korban pada tahun ini adalah RM900 bagi seekor…

  • Haji:Cuaca panas boleh sebabkan strok haba

    Haji:Cuaca panas boleh sebabkan strok haba

    CUACA panas ekstrem dengan purata suhu melebihi 40 darjah Celcius setiap hari di Arab Saudi boleh menyebabkan jemaah haji negara mengalami strok haba. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata cuaca panas dan kering boleh membawa kepada kenaikan suhu dan kehilangan air daripada badan sehingga mengakibatkan strok haba jika terdedah kepada cuaca tersebut. “Strok…

  • Umat Islam perlu berhati-hati tawaran badal haji,elak jadi mangsa penipuan-TH

    Umat Islam perlu berhati-hati tawaran badal haji,elak jadi mangsa penipuan-TH

    UMAT Islam di negara ini diingatkan agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahu pun individu tertentu, untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata setiap individu dari luar Makkah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan…

  • Cadangan pendekkan tempoh kerjakan haji tidak mampu kurangkan kos

    Cadangan pendekkan tempoh kerjakan haji tidak mampu kurangkan kos

    CADANGAN untuk memendekkan tempoh mengerjakan haji terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos bagi menunaikan ibadah berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dengan memendekkan tempoh, ia akan menyebabkan jemaah haji untuk menginap di Makkah dan Madinah…

  • Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh

    Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh

    LEMBAGA Tabung Haji (TH) meneruskan bantuan kewangan haji secara bersasar, walaupun kos ibadat itu naik kepada RM30,850, berbanding RM28,632 tahun lalu. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ia melibatkan RM400 juta bagi menampung sebahagian daripada kos jemaah haji kumpulan B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu. Jelas…