Tag: tembakan
-
3 maut, 3 cedera dalam kejadian tembakan di Paris
PEJABAT pendakwa raya Paris mengesahkan tiga orang termasuk seorang wanita dan dua lelaki terbunuh dalam kejadian tembakan pada pagi Jumaat di Paris. Sementara itu tiga lagi dilaporkan cedera, seorang daripadanya kini dalam keadaan kritikal. Menteri Dalam Negeri Perancis, Gérald Darmanin berkata “motif sebenar pembunuh” masih belum diketahui. Darmanin, yang tiba di tempat kejadian petang Jumaat,…
-
Kes samun bersenjata di kedah tumpas, dua penjenayah ditembak mati
BEBERAPA siri kes samun bersenjata di Kedah tumpas selepas dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis di Gurun pada 10 Dis. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan 40 an yang menaiki kereta jenis Proton Iswara itu cuba melarikan diri dengan memecut laju…
-
[VIDEO] Tembakan di Takbhai, Tumpat terasa bahang
SATU kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di daerah Takbhai, Thailand, pada malam Rabu menyebabkan penduduk setempat di Tumpat terkejut dan cuba mengetahui keadaan sebenar. Bunyi tembakan bertalu-talu jelas kedengaran dan sesekali detuman bom kedengaran dan situasi tegang berkenaan dapat disaksikan menerusi video di media sosial. Berita Harian melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 (waktu…
-
10 maut dalam kejadian tembakan dalam pasar raya di New York
SEKURANG-kurangnya 10 orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di pasar raya di bandar Buffalo, New York pada Sabtu, menurut Jabatan Polis Buffalo. Kejadian berlaku di Tops Markets di Jefferson Avenue, lapor Agensi Anadolu. Suspek lelaki berkulit putih berusia 18 tahun berjaya ditahan, kata Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia dalam sidang…
-
Pilihan raya Filipina dicemari insiden tembakan, 3 maut, 1 cedera
TIGA maut dan seorang cedera dalam insiden tembakan berhampiran pusat pengundian di wilayah Maguindanao, selatan Filipina pada pagi Isnin, lapor Xinhua. Menurut pihak tentera penyerang yang menaiki van melepaskan tembakan ke arah pasukan pengaman yang membantu proses pengundian di bandar Buluan. Mangsa adalah penyokong kepada seorang ahli politik tempatan yang bertanding untuk merebut jawatan datuk bandar. …
-
Lebih 16 cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api bawah tanah
SEKURANG-KURANGNYA 16 orang cedera dalam serangan bersenjata di stesen kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York pagi Selasa, lapor Xinhua. “Lima mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil dan kini menerima rawatan di hospital,” menurut kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York Laura Kavanagh. Sejurus selepas kereta api berhenti di Stesen 36th Street di…
-
Cuba larikan diri dari SJR, polis terpaksa lepaskan tembakan
PENGGUNA Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) terkejut apabila terdengar bunyi tembakan di Sekatan Operasi Khas Motosikal berdekatan RnR Gambang, pada Jumaat. Berdasarkan maklumat awal, anggota polis terpaksa lepaskan tembakan amaran ke udara selepas sebuah kenderaan jenis Nissan Xtrail cuba melarikan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) tersebut. Pemandu kederaan itu juga cuba merempuh kenderaan lain…
-
Polis tahan Sub-Inspektor lepas tembakan dalam pub
POLIS sedang menjalankan siasatan terhadap seorang anggota polis berpangkat Sub-Inspektor susulan tindakannya melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki orang awam dalam sebuah pub di Bandar Puchong Jaya, Puchong, Selangor malam tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata susulan kejadian itu, anggota berusia 56 tahun yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis…
-
Warga asing cuba rempuh polis ditahan
POLIS terpaksa melepaskan dua das tembakan kearah tayar kereta yang dipandu seorang lelaki warga asing semasa dia cuba merempuh pihak berkuasa yang sedang menjalankan operasi mencegah penyalahgunaan dadah di Menggatal, Sabah petang tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, suspek berusia 20an itu cuba merempuh polis ketika melarikan diri dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi…