Tag: Tawau
-
Bapa, anak dipenjara kemuka maklumat paslu Kad Pengenalan
SEORANG peniaga serta anaknya masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan 10 bulan, serta denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2017. Elipin Usman, 52, warga tempatan dan Noor Rizwan Elipin, 26, warganegara Indonesia, didakwa melakukan kesalahan itu di JPN Cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) …
-
Kes rompak: Pemandu e-hailing, rakan dipenjara
PEMANDU e-hailing dihukum penjara 10 tahun sementara rakannya dikenakan hukuman sama selama 11 tahun bersama enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Tawau selepas mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang lelaki. Hukuman diputuskan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas kedua-dua tertuduh, Ziana Abdul Zain, 27 dan Hamzah Syed Hamid, 26 mengaku bersalah atas pertuduhan,…
-
Polis rampas 7kg syabu di Tawau
POLIS menahan seorang lelaki tempatan dan merampas tujuh kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM258,948 dalam dua serbuan di sini pada Rabu lepas (25 Mei). Ketua Polis Daerah Tawau ACP, Jasmin Husin berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah premis di Jalan Stephen Tan pada 2.10 petang sementara dua bungkusan plastik berisi syabu itu disembunyikan…
-
Padah tanam ganja suka-suka, lelaki dipenjara seumur hidup
SEORANG lelaki dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di Tawau Sabah hari ini, selepas didapati bersalah memiliki dan menanam 12 pokok ganja, dua tahun lalu. Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Azril Surash Masree Samy, 45, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum…
-
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM8 juta
PASUKAN Gerakan Am (PGA) merampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di tepi jalan Kampung Iban, Merotai dekat Tawau, Sabah malam tadi. Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Superintendan Mohd Yacob Murad berkata pihaknya melakukan intipan menerusi Op Kontraban pada 10 malam dan mengesan lori dipandu lelaki berusia 37 tahun…
-
Bot karam: dua lemas, seorang masih hilang
KEGEMBIRAAN sembilan individu termasuk enam beradik berekreasi di Pantai Batu Payung, Tawau, Sabah semalam berakhir dengan tragedi, apabila perahu dinaiki mereka karam di perairan Batu Payung dipukul ombak, mengakibatkan dua lemas, dan seorang masih hilang. Dua beradik yang lemas dikenali Saiful Muhaimin, 15, ditemukan di laut, adiknya Jaidi, 5, terdampar di persisir pantai, manakala kakak mereka Rahena, 20, masih…
-
Polis rampas 303 kg syabu bernilai lebih RM10 juta
POLIS menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 303.15 kg syabu bernilai lebih RM10 juta di Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah pada 6 September lepas. Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Peter Umbuas, berkata penahanan suspek berumur lingkungan 40 hingga 50 tahun itu, dilakukan antara 7 hingga 10 September lepas di sekitar Tawau dan…
-
Covid-19: KKM kenal pasti tapak hospital medan di Tawau
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti tapak untuk mendirikan hospital medan di Tawau, Sabah bagi pesakit COVID-19 di kawasan itu. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan menyediakan kira-kira 100 katil dengan kemudahan peralatan pernafasan dan silinder oksigen mencukupi di kawasan pantai timur Sabah itu untuk menambah kapasiti bagi rawatan COVID-19. Katanya, KKM mengambil iktibar dengan apa yang…