Tag: Tanah runtuh
-
Tanah runtuh: Lebih 20 guru SJKC Mun Choong dan keluarga antara mangsa
Lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dari ibu kota dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi. Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong, berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya…
-
Resorts World Genting nasihat pengunjung guna lebuhraya Karak melalui Genting Sempah
RESORTS World Genting menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali. Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman webnya, pengendali resort itu berkata kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Angka maut meningkat 13 orang
ANGKA kematian akibat tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands pagi tadi dilaporkan meningkat kepada 13 orang. Angka kematian terkini setakat pukul 11 pagi itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. Antara yang maut termasuk kanak-kanak, seorang lelaki dan enam wanita. Menurutnya, tiga daripada tujuh…
-
Mangsa tanah runtuh dengar bunyi seperti letupan, bumi bergerak
SEORANG mangsa tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi ini mendakwa mendengar bunyi letupan kuat dan bumi seolah-olah ‘bergerak’ ketika kejadian itu berlaku. Menurut Leong Jim Meng, 57, dia dan keluarganya yang sedang bercuti tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku kerana sejak beberapa hari ini…
-
Tanah runtuh Batang Kali: Kanak-kanak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih hilang
SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun antara sembilan yang disahkan maut sehingga kini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi. Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata jumlah kematian terkini itu direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi dengan 43 mangsa disahkan selamat. Sehingga kini,…
-
Tanah runtuh di tapak perkhemahan: 8 maut, 60 diselamatkan
LAPAN maut, manakala 60 mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, setakat ini. Polis mengesahkan angka itu, setakat jam 10.16 pagi Jumaat, lapor BH Online. Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24…
-
Tanah runtuh: 69 orang dikhuatiri tertimbus di tapak perkhemahan Batang Kali
KIRA-KIRA 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awal pagi Jumaat. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian. “Menurut laporan awal…
-
Insiden tanah runtuh di Ampang: Tiga buah rumah perlu dikosongkan
PENGHUNI di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang di sini diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam di lokasi kejadian tanah runtuh itu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata penghuni di kawasan terlibat telah berpindah namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian…
-
Tanah runtuh punca 25 Orang Asli terkandas
SERAMAI 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya, Seremban terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang, malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata ia berikutan hujan lebat sejak…
-
Dua kereta rosak dihempap tanah runtuh
Dua buah kereta rosak dihempap tanah runtuh dalam kejadian di Lorong 12, Taman Pinggiran Pedas, di Rembau, malam ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd. Izwan Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.45 malam dan pasukannya bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba didapati terdapat tanah runtuh akibat dari hujan lebat…