Tag: tan cheng hoe
-
Cheng Hoe lepas jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah melepaskan jawatannya berikutan “kegagalan melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2020” di Singapura bulan lepas, demikian menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata Cheng Hoe telah menyatakan hasrat untuk berundur ketika mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM,…
-
Piala AFF: Harimau Malaya bergelut dengan corak intensiti tinggi lawan – Cheng Hoe
KETUA jurulatih, Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi pasukan Indonesia adalah faktor utama Harimau Malaya kalah 1-4 kepada musuh tradisi mereka dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2020 malam tadi. Cheng Hoe menegaskan anak buahnya gagal bangkit dalam perlawanan wajib menang untuk layak ke separuh akhir, walaupun beraksi baik…
-
Terlalu hormat lawan bawa padah – Cheng Hoe
“Kami terlalu hormat kepada Vietnam !” Itulah penilaian Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe berikutan kekalahan 0-3 pasukan negara kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Kejohanan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura malam ini. Beliau mengakui mereka kalah kepada pasukan yang lebih baik dan menggambarkan aksi menentang juara bertahan itu sebagai satu…
-
Harimau Malaya baham Laos 4-0
HARIMAU Malaya meraih kemenangan mudah 4-0 ke atas Laos dalam persaingan pusingan kedua Kumpulan B Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura pada malam Khamis. Kejayaan besar itu hasil perubahan strategi oleh Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang melakukan rombakan di bahagian serangan apabila beliau merehatkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula yang menyaksikan…
-
Piala AFF: Cheng Hoe sedia gilir pemain hadapi jadual padat
BEBERAPA pemain skuad kebangsaan mungkin berdepan cabaran baharu beraksi di posisi berbeza pada baki saingan kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura. Ia berikutan, Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe bercadang melakukan penggiliran pemain bagi mengharungi jadual padat saingan peringkat kumpulan, selain faktor kekurangan pemain selepas kehilangan khidmat dua anak buahnya yang disahkan positif COVID-19. Mengetahui pendekatan…
-
Hatrik Ali bantu Jordan jinakkan Harimau Malaya
TINDAKAN gopoh barisan pertahanan skuad bola sepak kebangsaan mengundang padah apabila tewas 4-0 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Amman, Jordan malam ini. Penyerang kelab Al-Jazeera Ali Olwan menjadi duri dalam daging buat skuad Harimau Malaya apabila meledak hatrik untuk membantu pasukan di ranking ke-93 dunia itu melebar rekod tanpa kalah pada…