Tag: Sultan Selangor
-
Kalimah Allah : Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan – Sultan Selangor
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar semua pihak tidak mempolitik, membangkit atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sehingga Majlis Raja-Raja membuat keputusan muktamad. Dalam satu kenyataan, Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia perlu dibawa kepada Majlis…
-
Tak salah umat Islam kunjungi tempat ibadat agama lain, kata Sultan Selangor
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tiada apa yang menghalang umat Islam daripada mengunjungi tempat ibadat agama lain. Bagaimanapun, baginda berkata kunjungan itu mestilah tanpa mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau amalan agama berkenaan. “Tidak salah untuk menghadiri majlis perkahwinan atau berada di gereja misalnya, tetapi umat Islam hanya perlu memerhati. “Orang Islam tidak…
-
Tidak boleh laksanakan kuasa pengampunan sewenang-wenangnya
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan sokongan terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan dengan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu. Sultan Selangor menerusi kenyataan bertitah bahawa rakyat perlu memahami bahawa proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang diperuntukkan di…
-
Festival Bon Odori: Pas Selangor perjelas pendirian kepada Sultan Sharafuddin
PESURUHJAYA Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dipanggil menghadap Sultan Sharafuddin Idris bagi membincangkan pendirian berkaitan Festival Bon Odori, pada Rabu. Setiausaha Pas Selangor, Roslan Mohd Shahir berkata Sultan Sharafuddin ingin tahu apakah pendirian parti tersebut atas festival yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Shah Alam, petang Khamis. “Baginda ingin tahu pendirian kami dalam…
-
[VIDEO] Sultan Selangor beli lukisan unik, papar ‘realiti sinis’ di Dewan Rakyat
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Selasa membeli sebuah karya seni lukisan sinis berkaitan senario di Dewan Rakyat yang menarik perhatian baginda. Selangor Royal Office dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin berhasrat menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda. “Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan…
-
Sultan Selangor benarkan guna sepenuhnya ruang masjid untuk solat Jumaat
SEMUA masjid dan surau di Selangor yang mendapat kebenaran solat fardu Jumaat dibenarkan untuk menggunakan ruang solat utama dan ruang limpah secara sepenuhnya bagi menunaikan solat tersebut bermula Jumaat ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata kebenaran tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut berkenan jarak…
-
Sultan Selangor tarik balik tauliah mengajar agama aktivis politik
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tauliah mengajar agama Islam di Selangor yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selaras dengan titah Sultan Sharafuddin itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama…
-
Bilangan jemaah Jumaat dinaikkan – Sultan Selangor
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menitahkan supaya jumlah ketetapan bilangan jemaah untuk Solat Jumaat bagi masjid-masjid dan surau-surau dengan kebenaran Solat Jumaat di Selangor, dinaikkan. “Sebagai contoh, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan boleh menerima kehadiran sehingga 3,500 jemaah berbanding 2,000 jemaah ketika ini. “Masjid-masjid Daerah dinaikkan kepada antara 700 hingga 1,000 jemaah…
-
Sultan Sharafuddin seru seluruh rakyat bersatu padu
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SULTAN Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa agar dapat bersatu padu. Titah Sultan Selangor, ini bagi membina negara bangsa yang maju serta hidup dalam suasana harmoni. Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri…