Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
suapan Archives -

Tag: suapan

  • Penjawat awam didakwa terima enam tuduhan rasuah

    Penjawat awam didakwa terima enam tuduhan rasuah

    SEORANG penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas enam pertuduhan salah guna kuasa, melibatkan suapan berjumlah RM13,480.20, tiga tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Nurul Syahirah Omar, 31 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, Nurul Syahirah didakwa menggunakan jawatannya sebagai Pembantu…

  • Projek Jana Wibawa: Wan Saiful didakwa, mengaku tidak bersalah

    Projek Jana Wibawa: Wan Saiful didakwa, mengaku tidak bersalah

    KETUA Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa. Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa…

  • Inspektor polis dituduh terima suapan

    Inspektor polis dituduh terima suapan

    ANGGOTA polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tahun lalu. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohammad Soffi Jalal, 40, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu. Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohammad Soffi yang bertugas sebagai pegawai Siasatan dan Perundangan di…

  • Minta suapan daripada banduan, pegawai penjara mula jalani hukuman penjara

    Minta suapan daripada banduan, pegawai penjara mula jalani hukuman penjara

    SEORANG pengawai penjara terpaksa menjalani hukuman penjara tiga tahun mulai hari ini selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bersalah menerima suapan RM3,000 daripada seorang banduan yang didapati positif dadah. Mohd Zamri Abdullah, 43, yang bebas dengan ikat jaminan RM15,00 sementara menunggu penyelesaian kes rayuannya, kelihatan memeluk isterinya yang sebak sebelum dibawa ke lokap…

  • Dua bekas pegawai MARA Corp didakwa salah guna jawatan dapatkan suapan

    Dua bekas pegawai MARA Corp didakwa salah guna jawatan dapatkan suapan

    DUA bekas pegawai kanan MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas lima pertuduhan menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan suapan dengan meluluskan bayaran elaun memangku untuk diri mereka tanpa kelulusan ahli lembaga pengarah. Mengikut kelima-lima pertuduhan, Noor Irwan Marmi, 44, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Pegawai…

  • SPRM tahan dua pembantu kesihatan disyaki rasuah dalam pengurusan jenazah

    SPRM tahan dua pembantu kesihatan disyaki rasuah dalam pengurusan jenazah

     Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan dua pembantu kesihatan sebuah hospital di negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM15,000 setiap seorang bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan pada 4.45 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir…

  • Pemborong getah didenda RM250,000 beri suapan RM589,450 kepada pegawai SPRM

    Pemborong getah didenda RM250,000 beri suapan RM589,450 kepada pegawai SPRM

    SEORANG pemborong getah didenda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana memberikan suapan berjumlah RM589,450 kepada Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), antara Ogos 2021 hingga Februari lepas. Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Th’ng Kean Kai, 33, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan mahkamah turut memerintahkannya menjalani…

  • Bekas inspektor polis didakwa terima rasuah RM500

    Bekas inspektor polis didakwa terima rasuah RM500

    SEORANG bekas inspektor polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM500 pada April 2015. Mohamad Hilmi Abd Hamid, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa kepadanya. Mengikut pertuduhan, Mohamad Hilmi yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik…

  • Rasuah: Empat pegawai kastam dipenjara 24 bulan

    Rasuah: Empat pegawai kastam dipenjara 24 bulan

    MAHKAMAH Sesyen Alor Setar, Kedah hari ini menjatuhi hukuman penjara 24 bulan ke atas empat pegawai kastam yang didapati bersalah menerima rasuah RM22,000 daripada seorang peniaga kedai runcit pada 2019. Hakim Harmi Thamri Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Kamaruzaman Hashim, 43, Mohamad Fadzil Voon Fandi Voon, 37, Saiful Azhar Ismail, 37, dan Muhamad Izrul…