Tag: samun

  • Lelaki samun remaja dalam lif ditahan

    Lelaki samun remaja dalam lif ditahan

    SEORANG lelaki ditahan selepas melakukan jenayah samun bersenjatakan pisau terhadap remaja lelaki dalam kejadian yang berlaku di dalam lif sebuah apartmen sekitar Desa Aman Puri, Gombak 4 Julai lalu. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan itu ditahan sekitar pukul 8 malam pada Jumaat lalu. “Hasil siasatan…

  • Sempat beli rumah guna hasil rompakan

    Sempat beli rumah guna hasil rompakan

    SEORANG daripada tiga suspek yang merompak sebuah rumah di Grogol Petamburan, Jakarta Barat, Indonesia, dikatakan sempat membeli kediaman dengan hasil samun itu. Dalam kejadian 3 Julai lalu, semua suspek membawa lari jongkong emas seberat lima kilogram (kg) dan sijil bon serta beberapa barangan berharga lain sebelum hasil itu dijual serta diagihkan sesama mereka. Memetik laporan…

  • Wanita antara ditahan samun, menyamar pegawai imigresen

    Wanita antara ditahan samun, menyamar pegawai imigresen

    ENAM individu tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun dan menyamar sebagai penjawat awam di sekitar ibu negara, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata kesemua mereka yang ditahan, terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita tempatan berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun serta disyaki menyamar sebagai pegawai imigresen. Beliau…

  • Cemburu, samun disyaki punca wanita warga asing dibunuh

    Cemburu, samun disyaki punca wanita warga asing dibunuh

    POLIS tidak menolak kemungkinan kes bunuh seorang wanita asing di sebuah bilik sewa di premis rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching Ahad lalu berpunca daripada cemburu dan samun. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian, didapati beberapa barangan milik mangsa hilang, menurut laporan Astro…

  • Polis Kelantan buru tiga lelaki samun kedai emas, larikan wang RM1 juta

    POLIS Kelantan memburu tiga lelaki dipercayai menyamun sebuah kedai pajak gadai emas dekat Jalan Besar di Pasir Mas, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada mangsa pada 4.45 petang yang memaklumkan tiga lelaki bertopeng telah menggunakan senjata menyerupai pistol…

  • Sanggup tukar wajah buat pembedahan plastik, takut ditangkap polis

    Sanggup tukar wajah buat pembedahan plastik, takut ditangkap polis

    LAPAN wanita yang memegang status ‘dikehendaki polis’ di Kelantan, kerana pelbagai kesalahan dikatakan hidup berpindah randah kerana bimbang ditangkap, bahkan ada yang melakukan pembedahan plastik menukar wajah. Mereka antaranya terbabit dengan kes bunuh, samun dan curi itu melarikan diri sejak 17 tahun yang lalu. Mengulas isu itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, wanita-wanita…

  • Detik cemas diacu gergaji kecil, disamun lelaki mabuk

    Detik cemas diacu gergaji kecil, disamun lelaki mabuk

    SEORANG remaja perempuan berdepan detik cemas apabila diacu dengan gergaji kecil ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Difahamkan, suspek adalah lelaki tempatan dan dalam keadaan mabuk ketika memasuki kedai berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.08 tengah hari itu,…

  • Tiga lelaki ditahan menyamar polis dan samun

    POLIS menahan tiga lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan jenayah mereka dengan menyamar polis, sebelum bertindak mencederakan dan menyamun mangsa, dalam beberapa serbuan di Bayan Lepas dekat sini dua hari lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 30-an itu, ditahan secara berasingan bermula pukul 1 tengah hari,…

  • [VIDEO] Suspek samun warga emas ditahan

    [VIDEO] Suspek samun warga emas ditahan

    POLIS menahan dua lelaki yang dipercayai melakukan samun bersenjata ke atas seorang wanita warga emas berusia 77 tahun di Kampung Konggo, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek pertama, yang juga seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan sehari selepas kejadian, kira-kira jam…

  • Samun barang kemas RM500,000 di stesen minyak – bukan kerja ’orang dalam’

    Samun barang kemas RM500,000 di stesen minyak – bukan kerja ’orang dalam’

    BEG berisi barangan kemas yang dilarikan lima lelaki bersenjata parang ketika kejadian samun di sebuah stesen minyak di Lukut, Negeri Sembilan semalam, dianggarkan bernilai mencecah RM500,000. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, beg itu adalah antara tiga beg berisi barangan kemas yang dilarikan penjenayah dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu.…