Tag: sah
-
Muhyiddin sahkan terima tuntutan saman Anwar
TAN Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuntutan itu berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa Anwar menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk dikendalikan mengikut lunas…
-
UMNO sah pemecatan Annuar, 2 pemimpin wanita
UMNO mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, antara tiga pemimpin akar umbi parti itu dipecat keahlian masing-masing dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata MKT UMNO mengambil tindakan itu mengikut fasal 10.6 Perlembagaan, yang memberi hak kepada parti untuk melucutkan keahlian mana-mana ahlinya. …
-
Azhar sah kosongkan kerusi Speaker
TAN Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang 19 Disember depan. Beliau berkata, Parlimen yang bakal bersidang akan dikendalikan oleh Setiausaha Dewan Rakyat. “Mengikut Perlembagaan Persekutuan, saya perlu mengosongkan kerusi pada tengah malam 18 Disember. “Jadi tiada Speaker sebelum dewan bersidang jam 10 pagi keesokan harinya,” katanya…
-
Syifa Melvin, Safawi Rasid sah bergelar suami isteri
PELAKON dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid dengan sekali lafaz pada malam Isnin. Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah. Majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara…