Tag: Sabah
-
GRS diharap dapat memenuhi aspirasi rakyat Sabah – Muhyiddin
GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) yang didaftarkan secara rasmi sebagai entiti politik baharu di Sabah pada Mac lalu telah dilancarkan Ketua Menteri yang juga pengerusinya Datuk Hajiji Noor, pada Sabtu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi kenyataan di Facebook mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan pelancaran parti berkenaan yang dipimpin oleh Hajiji Noor yang juga…
-
Bot tunda bawa 3 kru hilang
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah bot tunda yang hilang di kawasan 35 batu nautika barat laut, Pulau Mantanani, Kota Kinabalu pada Ahad lalu. Bot tunda Megah Jaya 2 yang disyaki karam itu difahamkan membawa tiga kru warga tempatan, iaitu Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31 dan…
-
SPRM Sabah tahan pegawai kanan jabatan kerajaan terima rasuah RM700,000
SEORANG pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit. Menurut sumber kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah…
-
Mayat kanak-kanak dikhuatiri lemas dibawa arus sungai ditemui
Mayat kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Malangkap Darat, Kota Marudu, pada Jumaat ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dilaporkan hilang. Mayat Elzanatira Asod ditemui penduduk kampung dan pasukan bomba yang melakukan pencarian pada jam 11.15 pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata…
-
200,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung – KM
KERAJAAN Sabah menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sedang berusaha mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak mungkin agar rakyat Sabah tidak perlu berhijrah ke tempat lain, termasuk ke Semenanjung Malaysia, untuk mencari pekerjaan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ketika ini hampir 200,000 rakyat Sabah sedang bekerja di Semenanjung Malaysia. “Inilah sebabnya mengapa kerajaan Sabah…
-
Kebakaran: 900 hilang tempat tinggal di Semporna
DIANGGARKAN kira-kira 900 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran membabitkan kira-kira 100 pintu rumah kongsi di Penempatan Sementara Kampung Bangau-Bangau di Semporna, Sabah dalam kejadian bermula jam 11.35 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Edoen Macheal, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 dan menggerakkan 12 anggota bersama pegawai dengan dua…
-
Lima PATI lemas, dua masih hilang selepas bot karam
LIMA individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui lemas, manakala dua lagi dilaporkan masih hilang selepas bot dinaiki bersama 20 yang lain karam di kawasan perairan berhampiran Pulau Tanduoan, di Sabah, semalam. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, seramai 13 penumpang ditemui selamat selepas diselamatkan penduduk kampung dan nelayan setempat. Ketua Balai…
-
Lelaki maut terkena renjatan elektrik
SEORANG lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di pekarangan sebuah rumah di Kampung Numbak di Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. Pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.…
-
MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di kawasan perairan timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu. Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 10 pagi ini, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah. Ribut tropika Megi itu berada di kedudukan kira-kira 144 km ke barat…
-
Kilang perabot musnah dijilat api
SEBUAH kilang perabot di Jalan Keningau-Apin Apin, Keningau, Sabah, musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku sekitar pukul 12 tengah malam tadi. Kejadian itu turut mengakibatkan satu blok rumah pekerja dengan enam pintu hangus terbakar. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, satu panggilan kecemasan telah diterima pada jam…