Tag: PRU-15
-
Di mana ‘No DAP, No Anwar’ – Ahmad Faizal
PERIKATAN Nasional (PN) Perak tetap dengan pendirian menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima prinsip perjuangan parti itu iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil. Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, PN tidak sama sekali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya ada parti DAP yang ditolak oleh…
-
UMNO perlu kekal pembangkang, Zahid letak jawatan – Annuar Musa
UMNO tidak perlu menjadi peminta sedekah untuk menjadi kerajaan melainkan calon Perdana Menteri adalah daripada parti itu. Ketua UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO perlu kekal menjadi pembangkang tanpa perlu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan. Menurutnya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur bagi memberi…
-
PRU-15: ‘Ahmad Zahid curang kepada UMNO, ahlinya’ – Penganalisis
RUNDINGAN antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berpandangan rundingan itu, sama ada membawa UMNO dan BN sebagai sebahagian kerajaan bersama PH atau sekadar menyokong Anwar sebagai…
-
Laungan hidup UMNO, hidup Melayu tinggal sejarah – Noh
LAUNGAN hidup Melayu, hidup UMNO, hanya tinggal sejarah. Itu luahan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas cubaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan seperti yang dibincangkan hari ini. Menurutnya, keputusan untuk menyertai mana-mana parti ditangguhkan. “Jawatankuasa perunding harus tegas bukan sekadar hanya untuk mendapat jawatan dalam kerajaan,”…
-
“Entah dari mana keputusan ini dicapai” – Presiden MCA runsing bagaimana BN dan PH boleh bergabung di Perak
DEWAN Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak pernah berbincang mengenai keputusan gabungan itu membentuk kerajaan negeri Perak bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH). Malahan, Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu juga belum lagi diadakan setakat ini selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir. “Maaf ya, Dewan Tertinggi Barisan Nasional…
-
PN telah kumpul akuan bersumpah lebih 112 Ahli Dewan Rakyat – Abdul Hadi
PERIKATAN Nasional (PN) telah mengumpulkan akuan bersumpah daripada lebih 112 Ahli Dewan Rakyat sebagai sokongan untuk membentuk kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang. “Ya tunggu sahaja. Sudah cukup jumlah, melebihi daripada cukup, insya-Allah,” kata Presiden PAS itu. “Tunggu undangan (ke Istana Negara), pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan…
-
Kerjasama BN-PH di Perak, pengkhianatan UMNO kepada orang Melayu
PEMBENTUKAN kerajaan baharu yang melibatkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri Perak adalah bukti UMNO kini adalah pengkhianat sebenar orang Melayu. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyifatkan keputusan UMNO untuk bersama dengan PH mengesahkan dakwaan sebelum ini adalah terbukti benar dan orang Melayu sekali lagi…
-
Tiada Ahli Parlimen BN yang tandatangani SD sokong PH – Saravanan
BELUM ada mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani sebarang dokumen akuan bersumpah (SD) menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan ketika mengesahkan hal itu menjelaskan, pendirian itu dibuat memandangkan setakat petang ini, BN belum membuat sebarang keputusan muktamad menyokong mana-mana pihak. “Padi tadi kita bincang dengan Pengerusi…