Tag: PRU-15
-
Nor Idayu calon baharu di Dun Tioman
PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan Nor Idayu Hashim sebagai calon baharu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman. Pengumuman itu dimaklumkan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mengesahkan parti itu akan bertanding di DUN Tioman dengan mengekalkan calon PN daripada Pas. “Saya sudah menerima surat daripada Pesuruhjaya Pas…
-
Pengesahan serah 115 SD bukti Muhyiddin ada sokongan majoriti – Wan Saiful
PENGESAHAN Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan “statutory declaration” (SD) daripada 115 Ahli Parlimen membuktikan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau turut menandatangani SD tersebut pada 20 November lalu. “Saya juga gembira dengan pengesahan…
-
Dakwaan BERSATU, PAS Perak berebut jawatan Menteri Besar fitnah
BERSATU Perak menyifatkan dakwaan tular menyatakan parti itu berebut jawatan Menteri Besar Perak dan akan keluar Perikatan Nasional (PN) sekiranya Menteri Besar dilantik daripada PAS sebagai fitnah besar. Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata tiada seorang pun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BERSATU mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa itu kali gus menyifatkan ia…
-
BN minta tangguh: Tindakan ingkar titah Agong, ada tidak kena dalam BN – Annuar Musa
PERCUBAAN Barisan Nasional (BN) meminta penangguhan proses menghadap Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja dilihat ingkar titah berkenaan tetapi menyerlahkan ada sesuatu tidak kena dalam gabungan itu. Veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, BN sepatutnya tidak menyulitkan Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan tugas baginda. “Namun kini jelas ada sesuatu yang tidak kena di pihak BN dan…
-
Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Besar Perlis kelapan pada Rabu. Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada jam 9 pagi. Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad. Hadir sama,…
-
PRU-15: Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman esok
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan semua calon yang telah sah dinamakan pada 5 November lalu untuk bertanding di Parlimen Padang Serai, Kedah, serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang, dikehendaki turut hadir ke pusat penamaan calon (PPC) bagi kerusi masing-masing, esok. Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata mereka dikehendaki hadir antara jam 9 hingga 10…
-
PINTAR gesa MP UMNO, BN sokong PN demi perjuangan Melayu-Islam
PERTUBUHAN Intelektual Negara (PINTAR) menggesa 26 ahli Parlimen (MP) UMNO supaya memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh. Presidennya Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata rakyat mahu melihat kewujudan sebuah kerajaan stabil yang memperjuangkan hak-hak kelompok majoriti Melayu-Islam dan pada masa sama turut…
-
Annuar dedah konspirasi terancang, cubaan kelirukan Agong gagal
VETERAN UMNO yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata proses pemilihan Perdana Menteri kesepuluh menjadi rumit disebabkan ada pihak sejak daripada awal menyiapkan ‘konspirasi terancang’. Beliau berkata pakatan sulit yang dilakukan sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tanpa menyedari bahawa ianya menjadi kesalahan besar, tidak sah dan batal.…
-
PN terima sokongan lebih 112 Ahli Parlimen
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan gabungan itu sudah mendapat sokongan bilangan Ahli Parlimen melebihi 112 yang dikehendaki dalam Perlembagaan Negara. Atas sebab itu kata Muhyiddin, pihaknya yakin sewajarnya PN boleh membentuk kerajaan. Katanya, beliau telah pun menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh Istana Negara semalam menerusi e-mel, untuk membuktikan PN mempunyai kerusi…
-
Zahid perlu dengar desakan pemimpin, ahli untuk berundur – Ismail Sabri
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti mendengar luahan dan pandangan pemimpin serta ahli akar umbi yang mendesak beliau untuk berundur dari parti. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Ahmad Zahid tidak wajar menutup telinga, tanpa memberi sebarang kata putus terhadap desakan kepadanya. “Presiden kena dengar pandangan daripada semua. Bila…