Tag: PPS

  • Terengganu negeri terbaharu dilanda banjir

    Terengganu negeri terbaharu dilanda banjir

    Terengganu menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kemaman pagi tadi yang menempatkan 28 mangsa. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan 25 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor manakala tiga mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih.…

  • Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir

    Pulau Pinang negeri terbaharu dilanda banjir

    Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka melibatkan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan bermula kira-kira 3.30 petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri Phee Boon Poh berkata setakat pukul 2 pagi tadi, sebuah PPS dibuka…

  • Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Johor kekal

    Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Johor kekal

    JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menunjukkan sedikit peningkatan manakala jumlah mangsa di Johor kekal pagi ini. Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir setakat 8 pagi ini meningkat kepada 535 orang daripada 165 keluarga dan ditempatkan di sembilan PPS, berbanding…

  • Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat,Pahang kekal

    Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat,Pahang kekal

    JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Johor mencatatkan sedikit peningkatan pagi ini manakala bilangan mangsa banjir di Pahang kekal. Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,532 orang daripada 560 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, berbanding 1,376 mangsa daripada 522 keluarga malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana…

  • Mangsa banjir di Johor terus menurun, Pahang dan Sabah kekal

    Mangsa banjir di Johor terus menurun, Pahang dan Sabah kekal

    JUMLAH mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan manakala di Pahang dan Sabah kekal setakat 4 petang ini. Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,157 orang berbanding 2,757 orang pada 8 pagi tadi berikutan banjir di daerah Tangkak dan Kluang surut sepenuhnya. Sehubungan itu,…

  • Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal

    Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal

    JUMLAH mangsa banjir di Sabah menurun manakala Johor menunjukkan peningkatan dan Pahang kekal dengan 314 orang, setakat 8 pagi ini. Di SABAH,  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 1,664 orang daripada 651 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini, berbanding 1,723 orang daripada 673 keluarga malam tadi. Menurut…

  • Lebih 12,000 mangsa banjir di empat negeri berlindung di PPS

    Lebih 12,000 mangsa banjir di empat negeri berlindung di PPS

    SERAMAI 12,090 mangsa banjir di empat negeri terjejas dengan bencana itu kini ditempatkan di 84 pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi ini. Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 6,843 orang daripada 2,412 keluarga dan semuanya ditempatkan di 29 PPS di lima daerah, berbanding 6,394 mangsa…

  • Banjir di tiga negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat

    Banjir di tiga negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat

    KEADAAN banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), selain Sarawak menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan,…

  • Nenek nekad bawa peti sejuk, mesin basuh ke PPS

    Nenek nekad bawa peti sejuk, mesin basuh ke PPS

    SEORANG warga emas nekad membawa perkakas rumah termasuk peti sejuk dan mesin basuh ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Komuniti Kampung Tasek, Gemereh di sini setelah rumahnya dilanda banjir. Khatijah Othman, 75, ingin menyelamatkan peralatan berkenaan setelah kediamannya di Kampung Seberang Batu Badak sering dilanda banjir iaitu pada Januari, November dan Disember tahun lepas,…

  • Jumlah mangsa banjir di Sabah mencecah 6,000 orang

    Jumlah mangsa banjir di Sabah mencecah 6,000 orang

    JUMLAH mangsa banjir yang melanda beberapa daerah di negeri Sabah meningkat kepada 6,313 orang setakat jam 8 pagi ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, jumlah berkenaan membabitkan 2,817 keluarga daripada lima daerah iaitu di Paitan, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Lahad Datu. “Semua mangsa yang terjejas dipindahkan ke 26 Pusat Pemindahan Sementara…