Tag: polis
-
Polis Kelantan tahan dua lelaki disyaki seludup beras, minyak masak
POLIS Kelantan menahan dua lelaki selepas dipercayai menyeludup beras dan minyak masak bersubsidi bernilai RM40,483 dalam serbuan berdekatan kedai runcit di Cherang Ruku dekat Pasir Puteh petang, semalam. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata menerusi Op Kontraban yang dijalankan pada 2.30 petang itu, pihaknya berjaya merampas 153 guni beras pelbagai jenama bernilai RM22,725…
-
Lima ‘doktor’ antara 12 ditahan proses, edar dadah di pusat hiburan sekitar KL
LIMA ‘doktor’ antara 12 yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah di pusat hiburan sekitar ibu negara baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata suspek terdiri yang daripada 10 lelaki tempatan, seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga asing ditahan sekitar Lembah Klang oleh Jabatan Siasatan Jenayah…
-
Terima rasuah RM500, bekas inspektor didenda RM7,000
SEORANG bekas inspektor polis didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM500 pada April 2015. Hakim Rohatul Akmar Abdullah memerintahkan Mohamad Hilmi Abd Hamid, 39, menjalani hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu. Mohamad Hilmi dituduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah…
-
Lima lelaki ditahan terlibat kes samun bersenjata kedai serbaneka
LIMA lelaki warga tempatan ditahan petang semalam kerana disyaki terlibat kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Keramat Permai, Ulu Kelang, Kuala Lumpur, pada 29 Jan lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun terbabit ditahan menerusi empat siri serbuan…
-
Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam
BAGI menakut-nakutkan peminjam, sebuah syarikat pemberi pinjaman wang dari Singapura sanggup mengupah samseng tempatan dengan bayaran sekitar RM700 hingga RM1,000. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan empat individu iaitu tiga lelaki dan seorang wanita, berumur antara 27 hingga 35 tahun, di sebuah hotel di Johor Bahru, Khamis lepas. Beliau berkata…
-
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Langat
MAYAT seorang lelaki ditemukan terapung 10 meter dari tebing Sungai Langat di Kampung Labohan Dagang di Bukit Changgang, Banting semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu kira-kira 12.15 tengah hari. “Siasatan mendapati mayat merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang berasal dari Kuala Selangor…
-
Wanita rugi RM89,650 ditipu tawaran kerja menerusi WhatsApp
SEORANG wanita mendakwa kerugian RM89,560 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp, minggu lepas. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa menerima tawaran itu pada 4 Feb lepas, yang memerlukannya untuk mengikuti dan memberi tanda ‘like’ di akaun Instagram. “Mangsa mendakwa ditawarkan komisyen…
-
Kes bunuh Tawau: Tujuh individu termasuk enam anggota polis akan didakwa
TUJUH suspek terdiri enam anggota polis dan satu orang awam akan dituduh di Mahkamah Majistret Tawau petang ini melibatkan kes pembunuhan seorang lelaki pada 13 Jan lepas di Tawau. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihak polis telah melengkapkan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan lengkap telah dimajukan ke Pejabat Peguam Negara semalam. “Semua…
-
Tiga pelajar ditahan miliki ganja
POLIS menahan tiga pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Sunway, Subang Jaya, Petaling Jaya dan merampas dadah jenis ganja seberat hampir sekilogram dalam serbuan berasingan Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam serbuan pertama pada 12.15 tengah malam di asrama lelaki IPTS berkenaan, pihaknya…
-
Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka lima kertas siasatan berhubung kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran yang membabitkan kerugian RM508,261 di seluruh negara. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata siasatan mendapati tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 yang membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet. Beliau berkata pengguna yang berminat menggunakan aplikasi tersebut perlu memasukkan sejumlah…