Tag: polis
-
Dua lelaki diberkas samun pemandu teksi warga emas
DUA lelaki diberkas tidak sampai empat jam selepas menyamun seorang pemandu teksi warga emas di tepi jalan berhampiran Tokong Thai San Kong di Pengerang, Kota Tinggi semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata lelaki berusia 70 tahun itu disamun pada 4.30 petang semasa dalam perjalanan membawa kedua-dua suspek berusia 30-an tersebut yang…
-
Polis tahan pelakon disyaki tumbuk isteri di R&R
PELAKON yang dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis, semalam bagi membantu siasatan kes itu. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun terbabit ditahan kira-kira 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)…
-
Wanita dikhuatiri lemas terjatuh sungai ketika menyeberangi jambatan
SEORANG wanita dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Rompin awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dan wanita dikatakan terjatuh, sebelum dihanyutkan arus sekitar 4 pagi tadi. Bagaimanapun, beliau berkata lelaki itu dikatakan…
-
Warga emas ditemukan maut dalam kereta selepas banjir surut
SEORANG warga emas maut akibat lemas di dalam keretanya yang ditemukan di ladang kepala sawit di jalan utama Felda Selancar 2, Rompin, selepas banjir surut. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan Abdullah Satar, 73, yang merupakan peneroka di Felda itu pada 6.40 petang semalam. “Berdasarkan siasatan awal, keluarganya…
-
Dua beradik ditemukan lemas ketika mandi di kolam renang
DUA beradik ditemukan lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Ipoh petang semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian lemas itu pada 6.10 petang. “Pihak kami telah menyiasat lokasi kejadian dan mendapati dua beradik berumur sembilan dan lapan tahun yang berasal dari Ipoh didapati lemas semasa berenang…
-
Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor Baharu
IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerima Ketua Polis Negeri yang baharu apabila, Komisioner Polis (CP) Datuk Hussein Omar Khan menggantikan Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk S.Sasikala Devi berkuatkuasa hari ini. Hussein yang merupakan Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Bukit Aman menggantikan S.Sasikala Devi yang akan kembali bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor selepas 3…
-
Polis gagalkan cubaan angkut syabu RM64.8 juta guna lori ditunda
POLIS menggagalkan cubaan sindiket dadah mengangkut 1.8 tan dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM64.8 juta dengan menggunakan lori tunda untuk menunda sebuah lagi lori yang membawa bahan itu. Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata lori tunda itu ditahan ketika operasi bersepadu melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Briged Utara, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik…
-
13 al-Quran dalam longkang, lapan individu diambil keterangan bantu siasatan
POLIS selesai mengambil keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang di Tasik Sri Murni, Jinjang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas (18 Feb). Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata lapan individu itu termasuk mereka yang ada dalam video tular berhubung…
-
Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000
SEORANG anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah RM7,000, bagi melepaskan individu yang melakukan kesalahan memiliki air ketum. Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. Lelaki itu ditahan selepas…
-
Polis tahan 14 individu, rampas lima kenderaan mewah yang dicuri
POLIS berjaya menumpaskan satu sindiket curi kenderaan mewah selepas menahan 14 individu termasuk dalang utama dalam serbuan baru-baru ini. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata 11 lelaki dan tiga wanita berusia 22 hingga 43 tahun itu ditahan bersama lima kenderaan mewah yang dicuri. Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan pusat…