Tag: polis
-
Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup
POLIS menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di Johor Bahru semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang. “Lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok…
-
Buruh miliki 781 pil dadah bernilai RM7,810 ditahan
POLIS menahan seorang buruh berusia 33 tahun dan merampas 781pil disyaki dadah bernilai RM,7810 di Kampung Batu Jong, Kuala Krai, pagi semalam. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pada jam 1.15 pagi semalam, ketika membuat rondaan cegah jenayah di jalan kampung berkenaan, anggota bertugas melihat suspek yang sedang berjalan dalam keadaan mencurigakan. Katanya,…
-
Polis Terengganu terima laporan penipuan umrah babit kerugian lebih RM200,000
POLIS menerima lima laporan berkaitan kes penipuan pakej umrah dan haji oleh dua syarikat dengan jumlah kerugian RM214,315. Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata empat laporan diterima semalam (Ahad) melibatkan sebuah syarikat di Kuala Terengganu, manakala satu laporan diterima hari ini membabitkan sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji di Alor Setar, Kedah. Sehubungan…
-
Polis: Peniaga dinasihat tidak buat promosi mengelirukan
PENIAGA dinasihatkan sentiasa peka dan dielakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya pada musim perayaan, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim. Mohd Iqbal berkata ia berikutan kekecohan yang berlaku di sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam yang diserbu orang ramai berikutan kesilapan maklumat kononnya kedai tersebut menjual…
-
Buruh Bangladesh maut terjatuh dalam Sungai Nenggiri
SEORANG buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika bekerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star di Gua Musang, semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Md Kashem Sikdar, 35, dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi…
-
Aidilfitri: Anwar umum ‘duit raya’ untuk Rela, sukarelawan APM, polis, bomba
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba turut menerima ‘duit raya’ apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300. “Saya sebut tadi ada kategori tidak dapat manfaat sama, kategori ini ialah sukarelawan… Ia berbeza daripada pekerja tetap, polis bantuan itu tidak…
-
Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
POLIS sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di Kuala Lumpur, pada 11 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun…
-
Sindiket pecah rumah sasar kondominium, pangsapuri di tiga negeri tumpas
SINDIKET pecah rumah yang menyasarkan kondominium dan pangsapuri di Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan dengan penahanan tiga lelaki dan seorang wanita secara berasingan di luar Melaka pada 14 dan 22 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dua lelaki daripada kesemua suspek berusia 34 hingga 51 tahun itu ditahan…
-
Nak untung RM200,000, wanita hilang simpanan RM37,000
AKIBAT terpaut dengan tawaran pelaburan yang kononnya menjanjikan pulangan melebihi RM200,000 di aplikasi telegram, seorang wanita tertipu, dan mengalami kerugian berjumlah RM37,217. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata wanita berumur 30an itu kehilangan wang simpanannya yang dipindahkan ke lima akaun bank sehingga semalam, dengan harapan mendapatkan keuntungan tinggi. “Wanita itu membuat tujuh transaksi…