Tag: polis Kedah
-
PRN: Polis Kedah terima dua laporan khianat papan tanda
POLIS Kedah menerima dua laporan berhubung tindakan khianat merosakkan papan tanda yang dipercayai berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung Ogos depan. Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua kes itu dilaporkan di Kubang Pasu dan Kulim, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. “Dalam suasana hendak berdepan PRN ini, polis telah…
-
Polis tumpas ‘Geng Mizan’ aktif pecah rumah
POLIS menumpaskan ‘Geng Mizan’ yang dipercayai terlibat aktif dalam jenayah pecah rumah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak selepas menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita pada 20 dan 26 Mei lepas. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua suspek berusia 25 hingga 52 tahun ditahan di sekitar negeri ini dalam beberapa operasi…
-
Tiga lelaki disyaki curi tabung masjid ditahan
PERBUATAN licik tiga lelaki yang disyaki terbabit mencuri wang tabung masjid dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini berakhir apabila mereka berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mereka ditahan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berdasarkan maklumat…
-
Polis tahan enam penyokong parti politik terlibat pergaduhan
ENAM tangkapan dibuat membabitkan penyokong parti politik yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan berdekatan Dataran Zero Kilometer di Sungai Petani, Kedah , pada Sabtu. Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, tangkapan ke atas warga tempatan itu dibuat pada jam 2 petang Ahad di Jalan Lagenda Height, Sungai Petani, bagi membantu siasatan. Menurutnya,…
-
7 ditahan dipercayai terlibat aktiviti perlombongan Bitcoin
POLIS menahan tujuh individu disyaki terlibat dalam aktiviti perlombongan bitcoin di negeri ini dalam 44 serbuan menerusi Op Letrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bitcoin sejak 19 Januari lepas. Ketua Polis Kedah Komisioner, Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya turut merampas 3,245 mesin perlombongan bitcoin yang dianggar bernilai RM3.2 juta. Beliau berkata, Op Letrik TNB Bitcoin dilancarkan…
-
Polis tahan 8 individu, rampas ganja bernilai lebih RM147,000
POLIS menahan lapan individu termasuk seorang wanita dan merampas ganja seberat 58.98 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM147,450 di sekitar daerah ini dan Pulau Pinang, pada 6 dan 7 Januari lepas. Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua mereka berumur antara 29 hingga 49 tahun, di mana tangkapan pertama melibatkan seorang…
-
Polis tahan tiga lelaki dipercayai seludup 17 warga Myanmar
POLIS berjaya mengagalkan cubaan menyeludup masuk 17 pendatang tanpa izin warga Myanmar ke negara ini berikutan tertangkapnya tiga lelaki warga tempatan yang memandu tiga kenderaan berasingan di Plaza Tol Hutan Kampung arah Selatan dekat sini, Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari berkata dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, sepasukan anggota…
-
Polis lupus 16 tan rampasan daun ketum di Kedah
SEBANYAK 16 tan daun ketum serta 2,973.66 liter air ketum yang dirampas sejak 2014 sehingga 2020 di seluruh Kedah dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Jabi, Pokok Sena, Kedah hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, berkata, nilai keseluruhan daun ketum dan air ketum yang dilupuskan itu adalah…