Polis lupus 16 tan rampasan daun ketum di Kedah

0
559

SEBANYAK 16 tan daun ketum serta 2,973.66 liter air ketum yang dirampas sejak 2014 sehingga 2020 di seluruh Kedah dilupuskan di tapak pelupusan sampah di Jabi, Pokok Sena, Kedah hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin, berkata, nilai keseluruhan daun ketum dan air ketum yang dilupuskan itu adalah sebanyak RM192,708.41.

“Ia membabitkan 293 kertas siasatan yang sudah selesai perbicaraan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah sepanjang tempoh tujuh tahun itu.

“Kerja pelupusan ini diuruskan dengan kerjasama syarikat e-Edaman Sdn Bhd yang membabitkan keseluruhan barangan rampasan air dan daun ketum di seluruh negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, hari ini.

Mengula lanjut, Mohd Taufik berkata, rampasan daun ketum didapati meningkat ketara di Padang Terap dan Baling.

“Untuk air ketum, paling banyak dirampas adalah di Kota Setar dan Kuala Muda.

“Penanaman pokok ketum bukan kesalahan menyebabkan berlaku kekangan kepada pihak kami namun rampasan dan tangkapan tetap akan dilakukan sekiranya maklumat diterima untuk mereka yang menyalahgunakan daun ketum,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here