Tag: PN
-
Peja yakin mampu buat kejutan di Tambun, harap SPR cepat kira undi
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) diminta tidak mengheret keputusan pengiraan undi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hingga melewati waktu tengah malam. Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ini kerana SPR mempunyai petugas yang mencukupi selain penggunaan teknologi yang boleh mempercepat dan melancarkan urusan berkenaan. “Saya harap jangan lama sangat. Dunia makin…
-
PRU-15: Muhyiddin selesai tunai tanggungjawab mengundi
CALON Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada jam 9.15 pagi ini. Terdahulu, beliau tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 8.56 pagi dengan diiringi isteri dan beberapa pegawainya. Beliau dalam masa sama turut mengharapkan agar pengundi membuat pilihan yang…
-
PRU-15: Calon PN DUN Tioman meninggal dunia
CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama. Md Yunus daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri…
-
PRU-15: Pilih parti terbaik bentuk kerajaan – Muhyiddin
TAN Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi memilih dengan betul bagi menentukan pembentukan kerajaan Persekutuan yang terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu meminta semua pengundi memilih parti yang membuktikan wadah perjuangan yang mendengar denyut nadi rakyat, selain menjulang aspirasi dan cita-cita rakyat dalam tempoh singkat. Bekas Perdana Menteri itu antara…
-
‘Ucapan saya disunting dengan niat burukkan imej, cipta naratif palsu’- Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa ucapan beliau di Johor baru-baru ini telah disunting secara terpilih dan disebarkan oleh pihak lawan gabungan berkenaan. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Muhyiddin menjelaskan tindakan lawan politik PN itu bertujuan memburukkan imejnya dan mencipta naratif palsu. “Keseluruhan ucapan saya adalah lebih kurang 55 minit. Klip yang…
-
Kerangka perubahan PN beri tumpuan perkasa penduduk bandar
ISU perumahan dan pendidikan warga kota antara yang perlu diberi perhatian khusus di Wilayah Persekutuan. Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, selain itu, isu peniaga kecil termasuk peluang pekerjaan kepada anak muda juga sudah dimasukkan dalam kerangka yang akan dilaksanakan PN bagi memperkasakan penduduk di bandar. “Kami telah mengenal pasti…
-
200 ahli dan penyokong UMNO sertai Bersatu
SERAMAI 200 ahli dan penyokong UMNO Teluk Intan yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Bekas Ketua UMNO Cawangan Jalan Mak Intan, Masaad Mansur berkata, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Bahagian Teluk Intan. “Kami seolah-olah terpinggir dan…
-
Risikan tentera lapor kedudukan PN menaik, mampu atasi BN
KEDUDUKAN Perikatan Nasional (PN) kini dalam trend menaik dan dijangka mampu memenangi kerusi untuk mengatasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata ia berdasarkan laporan dilakukan perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Semalam saya menerima panggilan daripada perisikan tentera yang memaklumkan berita di peringkat…
-
Institusi pondok sokong perjuangan PN bangunkan ummah – Muhyiddin
INSTITUSI pondok di negara ini menyatakan sokongan padu terhadap perjuangan Perikatan Nasional (PN) sebagai wadah membangunkan ummah. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dinyatakan 15 wakil pentadbir institusi pondok, mewakili 313 sekolah pondok seluruh negara yang datang menemuinya semalam. Katanya, antara yang hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia Baling Kedah, Ahmad…
-
Undi PN bagi teruskan mandat membangun negara yang belum selesai
TAN Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini dengan mengundi Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan mandat perjuangan membangunkan negara yang belum selesai. Pengerusi PN itu menegaskan, undi anda kepada Perikatan Nasional adalah penyelamat daripada negara jatuh ke tangan pemimpin yang nyata tidak senang dengan pembangunan…