Tag: pesara
-
Polis kesan pasangan suami isteri,guna kad ATM milik pesara
POLIS sedang mengesan dua individu disyaki pasangan suami isteri dipercayai warga tempatan yang didakwa menggunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang pesara kerajaan baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata ia susulan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lepas daripada mangsa yang berusia 62 tahun menyatakan…
-
Pesara rugi lebih RM190,000 diperdaya sindiket penipuan
SEORANG pesara di sini kerugian sebanyak RM194,210 akibat diperdaya sindiket penipuan yang mendakwanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mangsa iaitu seorang wanita berusia lewat 50-an menerima panggilan telefon daripada wanita bernama Faridah yang mendakwa sebagai peguam ketika mangsa berada di rumahnya, kira-kira 8.30 malam pada…
-
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam, RM300 pesara
KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM350 turut disalurkan kepada pesara kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan itu diberi sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam. “Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar tetapi…
-
Lelaki guna kad bank pesara beli emas ditahan
POLIS menahan seorang lelaki warga Filipina kerana disyaki menipu dengan menggunakan kad bank seorang pesara untuk membeli pelbagai barangan kemas di platform pembelian dalam talian. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek berumur 37 tahun itu, yang juga penjaga kepada pesara yang mempunyai masalah kesihatan, mengaku membuat 19 transaksi bagi pembelian gelang tangan emas, ‘gold bar’…
-
Pesara rugi lebih RM128,000 diperdaya ‘pegawai mahkamah’
SEORANG pesara mengalami kerugian sebanyak RM128,037 selepas terpedaya dengan penyamaran oleh ‘pegawai’ dari Mahkamah Pulau Pinang yang mendakwanya mempunyai saman tertunggak. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pada 14 Dis lepas, wanita berusia lingkungan 60-an itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memaklumkannya mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch…
-
Pesara tembak diri sendiri selepas tembak isteri di Jerantut
SEORANG pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut apabila menembak isterinya sebelum menembak diri sendiri selepas bertengkar berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu, Jerantut, hari ini. Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan, berkata isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang mendengar dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong…
-
Pesara maut terbabas dalam perjalanan pulang
SEORANG pesara maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 93.5 Lebuh Raya Utara Selatan, pada Jumaat. Dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, mangsa menunggang berseorangan motosikal jenis Yamaha Lagenda 110 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil…
-
Pesara rugi RM60,000 diperdaya ‘parcel scam’
SEORANG pesara kerugian RM60,000 selepas apabila menjadi mangsa penipuan ‘parcel scam’ atau penipuan bungkusan oleh seorang individu yang menyamar wakil Pos Malaysia Berhad. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki warga emas berusia 72 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu tersebut pada 11 Mei lepas dengan memaklumkan terdapat bungkusan…
-
Pesara rugi RM40,000 diperdaya Macau Scam
SEORANG pesara kerajaan di Port Dickson, Negeri Sembilan mengalami kerugian sebanyak RM40,000 selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam pada 11 Mac lepas. Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata wanita berusia 63 tahun berkenaan mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang individu bernama ‘Muhammad Faizal’ daripada Telekom Malaysia pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari. Beliau…
-
Pesara lesap lebih RM52,000 terpedaya ‘Love Scam’
SEORANG pesara kerugian RM52,300 akibat terpedaya dengan kegiatan Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial pada Disember lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 74 tahun itu dikatakan telah dihubungi suspek melalui Facebook dengan nama Nelson Michael Jr yang mendakwa dirinya berasal dari Amerika Syarikat namun…