Tag: pensyarah
-
Pensyarah wanita kerugian lebih RM2.5 juta diperdaya Macau Scam
SEORANG pensyarah wanita mendakwa kerugian lebih RM2.5 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans, sejak awal tahun ini. Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 52 tahun mendakwa dihubungi suspek kononnnya daripada syarikat insurans pada 22 Jan lepas, bagi siasatan tuntutan palsu dan penggubahan wang haram melibatkan mangsa.…
-
UiTM tamat khidmat pensyarah terlibat kes gangguan seksual ‘serta-merta’
UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menamatkan perkhidmatan seorang pensyarahnya yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuatkuasa serta merta. UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, mereka mengambil serius mengenai dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu dan telah melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj)…
-
UiTM: Pensyarah perlekeh penuntut B40 direhatkan daripada tugas
LEMBAGA Pengarah Universiti (LPU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengambil keputusan untuk merehatkan Profesor Dr Roshana Takim daripada tugasan pengajaran mulai hari ini sehingga siasatan kes berkaitan video tular pensyarah itu memperlekeh pelajar B40 selesai. UiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat LPU malam tadi. Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat bagi…
-
Rezeki berganda, PU Riz kini bergelar pensyarah
TIDAK mahu terus selesa dengan apa yang dimiliki, PU Riz bersyukur apabila sudah bergelar pensyarah di Kolej Antarabangsa Inovatif. Dia yang baru sahaja menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini akan diberikan tugas mengajar dalam bidang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah. Menurut Riz program seperti ini adalah sangat penting untuk diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi…
-
32 pelajar, pensyarah IPTA di Kuala Pilah positif Covid-19
SELEPAS dikejutkan dengan kes pelajar sekolah asrama penuh disahkan positif Covid-19 di Cyberjaya, kali ini 32 pelajar dan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga dikesan positif membabitkan kluster baharu, Kluster Intan Delima 2, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul…