Tag: Penjawat awam
-
Penggodam ugut jual maklumat penjawat awam mulai Isnin ini
SEKUMPULAN penggodam yang menggelarkan diri mereka dari organisasi keselamatan siber ‘gray hat’ mendakwa dapat menceroboh masuk Sistem Penyata Gaji (ePenyata Gaji) penjawat awam bagi menunjukkan terdapat kelemahan pada sistem itu. Menerusi satu kenyataan e-mel ditujukan kepada media, kumpulan itu turut mendakwa dapat mengakses lebih sejuta baris identiti melalui pangkalan data sistem terbabit dalam format JavaScript…
-
Lihat Ahmad Zahid sebagai penjawat awam terima sumbangan politik – Pendakwa raya
TIMBALAN Pendakwa Raya menggesa Mahkamah Tinggi tidak melihat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai ahli politik dalam pendakwaannya menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB). Sebaliknya, beliau perlu dilihat sebagai penjawat awam iaitu seorang menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika itu yang mana UKSB mempunyai kontrak dengannya untuk melaksanakan pengurusan Sistem…
-
1.28 juta penjawat awam naik gaji RM100 tahun depan
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan enam inisiatif baharu dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023. Berikut adalah inisiatif berkenaan yang diumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang dihadiri kira-kira…
-
Bantuan Khas Kewangan: Penjawat awam Gred 56 ke bawah terima RM750, pesara RM350
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah. Menurut Perdana Menteri, bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen pula akan menerima BKK sebanyak RM350. Beliau menjelaskan, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023. “Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar…
-
KSN jumpa Cuepacs bincang desakan naik gaji penjawat awam
KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat pada Isnin ini (1 Ogos). Katanya perbincangan itu dijangka antara lain akan menyentuh mengenai desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam. “Saya akan…
-
Waktu bekerja empat hari seminggu belum sesuai dilaksana di Malaysia – CUEPACS
WAKTU bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan. “Tumpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga…
-
CUEPACS mohon gaji minimum RM1,800
KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan kerana pendapatan semasa mereka tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Presidennya Datuk Adnan Mat. “Pada masa ini kami kurang selesa dengan dapatan gaji ini, perbelanjaan juga tidak adil dengan harga barang yang semakin hari…
-
Senaraikan Covid-19 penyakit berjangkit dalam pekeliling perkhidmatan – Cuepacs
KERAJAAN diminta mempertimbangkan untuk menyenaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak tersebut menggunakan kemudahan cuti kuarantin bagi menguruskan anak mereka. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata langkah itu, bagi membolehkan ibu bapa khususnya yang menjadi kontak rapat tanpa gejala dan telah…
-
Covid-19: Kerajaan teliti keperluan penjawat awam bekerja dari rumah
KERAJAAN akan meneliti sama ada terdapat keperluan untuk penjawat awam bekerja dari rumah (BDR), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Ia susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang kini melebihi kadar 20,000 kes sehari, angkara gelombang Omicron. Menurut Mohd Zuki, perkara tersebut perlu dibincang dan diputuskan oleh mesyuarat jemaah menteri, sebelum boleh dilaksanakan…
-
Empat direman bantu siasatan kes rasuah projek selenggara cerun
DUA pegawai agensi kerajaan dan dua pemilik syarikat ditahan reman enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan bagi projek penyelenggaraan cerun jalan raya bernilai RM300 juta. Menurut sumber, empat individu berumur antara 39 dan 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, selepas hadir memberikan keterangan berhubung…