Tag: penamaan calon
-
PRK Pulai, Simpang Jeram bermula dengan penamaan calon esok
BAHANG pilihan raya yang baharu sahaja reda di enam negeri kini beralih ke negeri ‘Harimau Selatan’ apabila pertarungan merebut kerusi Parlimen Pulai, di sini, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Muar, bermula dengan hari penamaan calon esok. Proses penamaan calon yang bermula pada 9 hingga 10 pagi itu, bakal diadakan di Dewan Jubli…
-
PRN: Beberapa jalan di Hulu Langat, Semenyih, Kajang, Bangi ditutup
BEBERAPA jalan sekitar kawasan Hulu Langat, Semenyih, Kajang dan Bangi akan ditutup sementara bagi memastikan kelancaran pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, penamaan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Dusun Tua akan diadakan di Dewan Al-Zamakhsyari Sekolah Agama Menengah…
-
PRU-15 bermula hari ini dengan penamaan calon
PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi memilih kerajaan baharu Malaysia bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara. Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan…
-
Jaga sikap, elak cetus provokasi ketika penamaan calon – SPR
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengingatkan penyokong setiap calon dan parti politik menjaga sikap dan mengelak provokasi bagi memastikan proses penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berjalan lancar. Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata penyokong yang menyertai perarakan diminta mematuhi arahan terkini daripada pihak polis serta pihak berkuasa tempatan (PBT). “Harapan…
-
31,183 petugas polis, unit dron pantau proses penamaan calon
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 31,183 petugas serta aset dron di seluruh negara bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tugas pemantauan oleh petugas beruniform dan tidak beruniform…
-
Ribut petir diramal landa 12 negeri pada hari penamaan calon
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda 12 negeri pada hari penamaan calon Sabtu ini. Ribut Petir dijangka melanda Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Sarawak. Bagaimanapun, menurut laman web MetMalaysia, ribut petir itu dijangka melanda pada petang 5 Nov. Cuaca pada waktu pagi diramalkan cerah…
-
Serah kertas penamaan calon bermula 9 pagi Sabtu ini-SPR
SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, boleh dikemukakan dari 9 sehingga 10 pagi, Sabtu ini. Setiausahanya Datuk Ikmalrudin Ishak berkata kertas penamaan calon itu perlu dikemukakan kepada Pegawai Pengurus di 222 pusat penamaan calon (PPC)…
-
[VIDEO] Dua bekas ADUN bertembung di Bukit Kepong
PEREBUTAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N7 Bukit Kepong, Johor menyaksikan pertembungan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pertandingan empat penjuru. Perikatan Nasional (PN) mencalonkan semula bekas ADUN Bukit Kepong yang juga bekas Menteri Besar Johor ke-17, Datuk Dr Sahruddin Jamal, manakala Barisan Nasional (BN) mengetengahkan bekas ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed. Dua…
-
PRN Johor bermula hari ini
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di 56 pusat penamaan yang akan dibuka pada 9 pagi. Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu. Sebaik urusan proses penamaan calon selesai, pegawai pengurus pilihan raya akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding bagi PRN berkenaan. Menurut prosedur operasi standard…
-
PRN Sarawak: Calon ramai, tetapi pertembungan lebih kepada GPS, DAP, PSB – penganalisis
RAMAi dalam kalangan penganalisis politik berpandangan bahawa walaupun Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) ‘sesak’ dengan penyertaan calon dari pelbagai parti dan calon bebas, namun pertandingan sebenar adalah antara parti kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di satu pihak dan DAP serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) di satu pihak lagi. Pilihan Raya pada 18 Disember ini menarik…