Tag: pekerja
-
Dari RM6 sehari, kini cecah RM30, pekerja ‘rimas’ bayaran parkir naik mendadak
KENAIKAN mendadak caj bayaran parkir kereta swasta di sekitar Lembah Klang memaksa kalangan warga kota mengambil tindakan drastik, termasuk keluar rumah di waktu subuh untuk ‘merebut’ parkir awam, tidak kurang ada yang menimbang untuk terus berhenti kerja. Di Petaling Jaya, Selangor, sebuah tapak parkir kereta yang popular dan berdekatan LRT Taman Jaya merombak yuran parkir…
-
Pekerja maut terjatuh dalam mesin pengisar
SEORANG operator kilang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah mesin pengisar membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang di Iskandar Puteri, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berkenaan, Fenddy Asim, 19, meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan bahu. “Ketika kejadian kira-kira 11.30 pagi, mangsa (Fenddy) sedang tunduk melakukan pembersihan pada mesin…
-
Utusan Melayu enggan bayar pampasan, nasib bekas pekerja tidak dibela
SERAMAI 201 orang bekas ahli Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang telah ditamatkan perkhidmatan selepas penggulungan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd pada 7 Oktober 2019 telah dinafikan hak mereka untuk menikmati pampasan penamatan mengikut Perjanjian Kolektif (CA). Bekas Pengerusi NUJ Semenanjung Malaysia Peringkat Cawangan Utusan Melayu, Mohd Taufek Razak berkata, perkara itu turut disahkan melalui Borang Penolakan…
-
13 majikan degil didakwa atas pelbagai tuduhan – Perkeso Kelantan
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan mendakwa 13 majikan degil termasuk satu waran tangkap dikeluarkan atas pelbagai tuduhan sejak Januari tahun lepas sehingga semalam (10 Februari). Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata dalam tempoh tersebut, sejumlah RM17,600 denda dikenakan kerana kegagalan majikan mencarum untuk pekerja mereka. “Antara kesalahan didakwa terhadap majikan seperti gagal membayar caruman, gagal…
-
Dua minggu tempatkan pekerja asing berdaftar program RTK – Hamzah
MAJIKAN diberi tempoh dua minggu untuk menempatkan 280,088 pekerja asing yang telah berdaftar di bawah program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil majikan terbabit untuk segera menempatkan pekerja yang berdaftar dengan program RTK itu untuk disenaraikan sebagai pekerja asing sah. “Saya nak lihat semua mereka…
-
2.9 juta pekerja dibela – Saravanan
KERAJAAN berjaya membela nasib lebih 2.9 juta pekerja daripada risiko diberhentikan kerja sepanjang pandemik Covid-19. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, selain itu lebih 300,000 syarikat di negara ini dibantu untuk mengelak ‘gulung tikar’ menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk Program Subsidi Upah (PSU). Katanya, di bawah PSU kerajaan menyediakan peruntukan RM18 bilion bagi…
-
Sasaran wujud 500,000 pekerjaan bakal dicapai – PM
KERAJAAN yakin hasrat untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan tahun ini bakal dicapai. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, sehingga 10 September lalu. Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang bermesyuarat buat kali ketiga semalam. “Kejayaan menempatkan…
-
Pekerja Nepal maut ketika petik rambutan
DISEBABKAN ingin memetik buah rambutan, seorang pekerja kilang pembuatan maut setelah terjatuh dari bumbung gudang kilangnya di Jalan Johor, Pontian, pada sabtu lepas. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Husdin Che Amat berkata, seorang lelaki warganegara Nepal berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 10.15…