Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pejuang Archives - Page 2 of 5 -

Tag: Pejuang

  • Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli

    Tun Mahathir tinggalkan Pejuang bersama 12 lagi ahli

    BEKAS Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain hari ini. Menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA). “Keputusan Pejuang memutus hubungan dengan GTA secara langsung…

  • Khairuddin letak jawatan, tak yakin dengan Mukhriz

    Khairuddin letak jawatan, tak yakin dengan Mukhriz

    KETUA Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengumumkan peletakan jawatannya, berkuat kuasa serta-merta. Katanya, peletakan jawatan itu selepas hilang keyakinan dengan kepemimpinan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir susulan peletakan jawatan bekas Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad, diterima parti itu, 15 Disember lalu. “Mukhriz tidak mempunyai kualiti kepemimpinan seperti…

  • Pejuang sahkan pengunduran Tun M sebagai pengerusi parti

    Pejuang sahkan pengunduran Tun M sebagai pengerusi parti

    BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya menerima keputusan Dr Mahathir untuk berundur dari jawatan tersebut. “Seluruh Anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli parti serata negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepimpinan beliau sepanjang memegang…

  • Ketua Pejuang Muda Malaysia umum letak jawatan

    Ketua Pejuang Muda Malaysia umum letak jawatan

    KETUA Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Huddin mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta. Abu Hafiz berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai pertimbangan termasuk rasa bertanggungjawab atas prestasi parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. “Semoga kepimpinan baharu sayap pemuda mampu mengemudi Pejuang Muda dengan lebih baik dan…

  • ’Penjenayah’ tak patut dilantik sebagai TPM – Tun M

    ’Penjenayah’ tak patut dilantik sebagai TPM – Tun M

    TINDAKAN Anwar Ibrahim melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menunjukkan Malaysia tidak berpegang kepada “rule of law”, kata Dr Mahathir Mohamad dalam ulasan terbuka pertamanya selepas keputusan kontroversi kerajaan itu. Mahathir berkata, ini kerana Zahid kini sedang menghadapi 47 pertuduhan kes di mahkamah dan keputusan perdana menteri melantik presiden Umno itu memegang jawatan…

  • Saingan 6 penjuru di Padang Serai

    Saingan 6 penjuru di Padang Serai

    PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi. Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh…

  • [TIDAK RASMI] PN mendahului di Langkawi, Tun M dari Pejuang kecundang

    [TIDAK RASMI] PN mendahului di Langkawi, Tun M dari Pejuang kecundang

    PERIKATAN Nasional (PN) dilihat masih mendahului calon lain dalam keputusan tidak rasmi setakat pukul 9.50 malam ini. Calonnya, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah memperoleh 9,156 undi sekali gus mencatatkan 4,239 undi majoriti berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj yang memperoleh 4,917 undi. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula…

  • PRU-15: Kerjasama PN dan Pejuang masih diteliti – Hamzah

    PRU-15: Kerjasama PN dan Pejuang masih diteliti – Hamzah

    PERIKATAN Nasional (PN) masih meneliti keputusan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN sebelum diputuskan. Sebelum keputusan itu dicapai, Hamzah berkata, apa yang perlu dipastikan terlebih dahulu ialah apakah gabungan Gerakan…

  • Tak usah salahkan 12 menteri PN – Tun M

    Tak usah salahkan 12 menteri PN – Tun M

    PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) atas keputusan beliau membubarkan Parlimen. Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M menegaskan, walaupun Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi…

  • BERSATU sedia bekerjasama dengan Pejuang jika mereka serius – Muhyiddin

    BERSATU sedia bekerjasama dengan Pejuang jika mereka serius – Muhyiddin

    BERSATU bersedia untuk mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata kerjasama berkenaan boleh dilaksanakan sekiranya Pejuang serius mengenai perkara itu, bagaimanapun Muhyiddin mengesahkan setakat ini pihak Pejuang belum menghubunginya bagi membincangkan perkara berkenaan. “Setakat ini, tiada pihak berhubung dengan…