Tag: Parlimen

  • Agong nasihatkan semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah

    Agong nasihatkan semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah

    YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk melibatkan diri dalam tadbir urus negara. “Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu…

  • Agong rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini

    Agong rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini

    MESYUARAT Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Dewan Rakyat. Sidang Parlimen ini adalah yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, sidang Dewan Rakyat hari…

  • Ahli Parlimen, Senator antara positif Covid-19

    Ahli Parlimen, Senator antara positif Covid-19

    SERAMAI 28 individu termasuk dua Ahli Parlimen dan seorang Senator disahkan positif COVID-19 sebelum persidangan Parlimen bermula esok, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, dua Ahli Parlimen terbabit disahkan positif menerusi saringan di luar Kompleks Parlimen manakala Senator dan 25 kakitangan Parlimen disahkan positif selepas saringan dijalankan semalam dan…

  • Undi Ahmad Maslan bererti sokong ‘kluster mahkamah’ – Pemuda DAP

    Undi Ahmad Maslan bererti sokong ‘kluster mahkamah’ – Pemuda DAP

    PENCALONAN Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker perlu ditolak semua Ahli-ahli Parlimen (MP) yang akan bersidang pada Isnin ini. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Howard Lee berkata, pemilihan Ahmad bermakna ahli-ahli Parlimen lupa ikrar bekas Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendirian tidak akan menyokong mana-mana individu yang…

  • Ahmad Maslan kemuka 20 cadangan transformasi Parlimen

    Ahmad Maslan kemuka 20 cadangan transformasi Parlimen

    SETIAUSAHA  Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengemukakan 20 cadangan untuk transformasi Parlimen, selepas disahkan sebagai  calon kerajaan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Pontian itu antaranya mencadangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ketiga diwujudkan dan dikhususkan kepada wakil pembangkang. “Satu daripada tiga Timbalan Speaker itu seeloknya dari Sabah dan Sarawak,” katanya…

  • Perkasakan Jawatankuasa Khas Parlimen: Azhar Azizan

    Perkasakan Jawatankuasa Khas Parlimen: Azhar Azizan

    Seiring ulang tahun Parlimen ke-62 hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diperkasakan kerana ia mempunyai peranan yang amat penting dalam menjalankan proses semak dan imbang pentadbiran negara. Beliau berkata, jawatankuasa bipartisan akan disifatkan lebih eksklusif dan khusus bagi membincangkan sesuatu perkara secara mendalam tanpa melibatkan aspek…

  • Anwar sambut baik ikhtiar kerajaan, tapi desak usul undi percaya.

    Anwar sambut baik ikhtiar kerajaan, tapi desak usul undi percaya.

    DATUK Seri Anwar Ibrahim menyambut baik ikhtiar kerajaan menyenaraikan tujuh perkara untuk menambahbaik Parlimen dan pentadbiran kerajaan, yang diumumkan, semalam. Namun, Presiden PKR yang juga ketua pembangkang ini tetap bertegas dan mendesak supaya secepat mungkin mengadakan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri. Anwar menyifatkan ikhtiar kerajaan itu sebagai “permulaan yang…

  • Kerajaan tawar tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan

    Kerajaan tawar tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan

    KERAJAAN Persekutuan hari ini menawarkan tujuh transformasi Parlimen dan pentadbiran kerajaan bagi mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tawaran itu meliputi pembentangan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti, pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun. “Tawaran ini bertujuan mewujudkan…

  • Tiada pengumuman Kabinet hari ini – PMO

    Tiada pengumuman Kabinet hari ini – PMO

    SENARAI barisan menteri kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang baharu dilantik Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan diumumkan hari ini. “Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO). Banyak pihak membuat spekulasi bahawa senarai nama barisan menteri kabinet itu akan diumumkan hari ini selepas Ismail Sabri menyerahkan senarai cadangannya…

  • Sidang Parlimen kekal mengikut jadual

    Sidang Parlimen kekal mengikut jadual

    MESYUARAT Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September ini akan berlangsung mengikut jadual ditetapkan. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata setakat ini tiada perubahan pada tarikh persidangan dan mesyuarat itu akan berlangsung seperti biasa. “Setakat ini tiada notis perubahan dan tiada notis baharu dikeluarkan. Jika ada perubahan dari Ketua…