Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
omicron Archives - Page 2 of 2 -

Tag: omicron

  • [VIDEO] 77.6 peratus sampel pengembara dari Arab Saudi positif Covid-19 – KJ

    [VIDEO] 77.6 peratus sampel pengembara dari Arab Saudi positif Covid-19 – KJ

    SEBANYAK 966 daripada 1,077 sampel positif Covid-19 yang diambil dari 21 sehingga 29 Disember lalu telah menunjukkan jangkitan varian Omicron.  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 77.6 peratus jangkitan varian Omicron itu melibatkan pengembara dari Arab Saudi.  “Penangguhan sementara aktiviti umrah adalah untuk memperlahankan penularan varian Omicron. Penilaian risiko akan terus dilakukan.…

  • Tiga kes Omicron dikesan di Negeri Sembilan

    Tiga kes Omicron dikesan di Negeri Sembilan

    Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)…

  • 11 lagi kes varian Omicron dikesan

    11 lagi kes varian Omicron dikesan

    SEBANYAK 11 lagi kes COVID-19 melibatkan varian baharu Omicron telah disahkan di negara ini kesemuanya melibatkan kes import. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan kes daripada jumlah tersebut merupakan warganegara Malaysia manakala dua lagi warganegara Nigeria. Daripada keseluruhan kes itu, kata beliau, tiga kes dari United Kingdom (UK); tiga dari…

  • Tiada sambutan Tahun Baharu berskala besar – Khairy

    Tiada sambutan Tahun Baharu berskala besar – Khairy

    PENGANJURAN sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Namun demikian beliau memberitahu, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut. “Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan. Tetapi buat masa…

  • Tiada kontak rapat baharu kes indeks Omicron – Khairy

    Tiada kontak rapat baharu kes indeks Omicron – Khairy

    SIASATAN terhadap kes indeks Omicron dalam pesawat yang sama dan sebuah premis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati tiada kes baharu kontak rapat. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan pengesanan kontak rapat kes pertama Varian Membimbangkan (VOC) itu dibuat menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan. Katanya, hanya dua penumpang yang juga warga asing dalam penerbangan…

  • Omicron: Kempen vaksinasi lebih agresif untuk kekang penularan

    Omicron: Kempen vaksinasi lebih agresif untuk kekang penularan

    MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Jumaat berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan kempen vaksinasi yang lebih agresif bagi memastikan mereka yang masih belum menerima dos primer untuk mendapatkan dos primer mereka. Baca berita berkaitan: Pengembara dari negara berisiko tinggi dipakai peranti pengesan Tambahnya, KKM juga akan memantau kumpulan perkerja-perkerja asing dengan kerjasama NGO dan…

  • Peralihan ke endemik ditangguhkan ekoran Omicron – Hishammuddin

    Peralihan ke endemik ditangguhkan ekoran Omicron – Hishammuddin

    USAHA peralihan ke fasa endemik ditangguh seketika sehingga kerajaan mengetahui lebih lanjut mengenai varian baharu COVID-19, Omicron, yang lebih mudah merebak berbanding Delta. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini, kerajaan mengambil maklum varian itu bukan sahaja telah menular di selatan benua Afrika, tetapi juga di beberapa buah negara antaranya, Itali, Denmark, Australia, United Kingdom,…