Tag: Nelayan hilang
-
Tiga nelayan hilang ditemukan selamat di Thailand
TIGA nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat di Pantai Belawan dekat Tak Bai, Thailand pada pukul 2.32 petang hari ini. Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata bot tersebut didapati kehabisan minyak dan rosak serta perlu ditunda oleh Polis Marin Thailand hingga ke sempadan. “Bot tersebut…
-
Operasi kesan nelayan Pantai Remis hilang diteruskan
OPERASI mencari tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan karam di perairan Pulau Talang, Pantai Remis malam tadi diperluaskan sehingga 42.3 batu nautika persegi. Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, keadaan laut bergelora dengan ketinggian ombak antara satu hingga 2.7 meter dan cuaca tidak menentu di lokasi kejadian menyukarkan…
-
Seorang nelayan dikhuatiri lemas di Sungai Jebungan
SEORANG nelayan dikhuatiri hilang selepas gagal pulang ke jeti, selepas keluar menjala ikan di Sungai Jebungan, Mukah. Mangsa, Mohd. Rashdi Abdullah, 42, keluar menjala pada awal pagi tadi sebelum gagal dihubungi. Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, Bilik Kawalan Bomba dan Penyelamat Mukah menerima laporan kehilangan mangsa sekitar pukul 10.19 pagi.…
-
Tiga nelayan selamat, seorang lagi masih hilang
Oleh RIZQI ZABIDI Empat nelayan berdepan detik cemas apabila bot fiber dinaiki mereka terlanggar boya di posisi 0.5 batu nautika, selatan Pulau Lalang dekat Langkawi, Kedah hingga menyebabkan kesemua mereka tercampak ke laut, pagi tadi. Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi…
-
Nelayan hilang ketika mencandat sotong
Oleh MOHD LAZIM ENDUT SEORANG nelayan dilaporkan hilang setelah keluar mencandat sotongdi perairan Pantai Sabak, Kota Bharu Kelantan sejak Rabu lalu. Kehilangan Mohd. Rafi Omar, 37, mula disedari kakaknya, Zakiah Omar, 51, pagi semalam ekoran mangsa tidak pulang selepas keluar rumah pada pukul 11.59, 18 Ogos lalu. Bimbang terhadap keselamatan adiknya, kakak mangsa kemudian membuat…