Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
motosikal Archives - Page 3 of 5 -

Tag: motosikal

  • Pesara tentera maut nahas motosikal bertembung

    Pesara tentera maut nahas motosikal bertembung

    SEORANG pesara tentera maut manakala seorang remaja perempuan parah selepas motosikal ditunggang bertembung di Jalan Pantai Puteri, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, Mazlan Mohamad, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala remaja berusia 14 tahun dan tidak bersekolah itu parah dan kini dirawat di Hospital Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah,…

  • 34 motosikal musnah terbakar dipercayai akibat khianat

    34 motosikal musnah terbakar dipercayai akibat khianat

    PIHAK polis sedang melakukan siasatan berhubung satu kes kebakaran dipercayai mempunyai unsur khianat yang memusnahkan 34 buah motosikal di kawasan parkir di Blok G, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada Rabu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.…

  • Lelaki tunggang motorsikal berbogel didakwa terbabit kes bunuh

    Lelaki tunggang motorsikal berbogel didakwa terbabit kes bunuh

    VIDEO berdurasi 15 saat yang menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbogel tular dipercayai terlibat dalam satu kes pembunuhan di Kampung Batu Bakar, Johor Bharu. Dalam satu video yang dikongsikan pengguna Facebook Apai Gonzales, kelihatan lelaki tersebut seperti dalam keadaan tidak siuman apabila menunggang dalam keadaan berbogel di sebuah jalan utama tanpa menghiraukan keadaan…

  • Lima pelajar sekolah dalang curi EX5 ditahan

    Lima pelajar sekolah dalang curi EX5 ditahan

    LIMA remaja lelaki bawah umur ditahan selepas disyaki menjadi dalang dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Ampang Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kesemua lima remaja berusia antara 14 hingga 16 tahun itu ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar daerah Ampang Jaya bermula jam 6.30 petang hingga…

  • Lelaki maut motosikal dirempuh kereta hilang kawalan, 4 cedera

    Lelaki maut motosikal dirempuh kereta hilang kawalan, 4 cedera

    Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Sungai Petani-Baling di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil, Baling, Kedah pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, penunggang motosikal, Mohamad Shahrul Azuan Mohamad Saad, 22, dari Kampung Charok Bemban, Kupang, meninggal dunia di tempat kejadian akibat…

  • Saman ‘pukat’: Tindakan kuat kuasa tepat

    Saman ‘pukat’: Tindakan kuat kuasa tepat

    TINDAKAN pihak berkuasa untuk menahan dan memberikan saman kepada sekumpulan penunggang motosikal di Tanjung Malim, Perak pada Ahad ialah satu tindakan undang-undang yang wajar. Peguam, Akmal Shamsul Kahar menegaskan bahawa pihak polis mempunyai kuasa untuk melakukan penahanan seperti itu di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 untuk menjaga ketenteraman awam. “Pihak polis diberikan hak serta…

  • Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler

    Penunggang motosikal maut terperosok bawah treler

    SEORANG lelaki warga emas terperosok di bawah treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan kenderaan berat itu di Jalan Industri Semambu 6, Semambu di sini pada Jumaat. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa dikenali P Rajakamaran, 62, menunggang motosikal jenis Demak EX90 mengalami parah di kepala manakala…

  • Anggota polis patah pergelangan tangan dirempuh motosikal

    Anggota polis patah pergelangan tangan dirempuh motosikal

    SEORANG anggota polis cedera selepas dirempuh motosikal ketika sedang memeriksa sebuah kereta di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kuching, Sarawak awal pagi Ahad. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Merbin Lisa berkata, selepas merempuh mangsa, motosikal yang dinaiki dua lelaki itu terus memecut lari. Menurutnya, akibat rempuhan itu mangsa yang bertugas di Cawangan…

  • Lelaki maut rempuh belakang lori berhenti tepi lebuh raya

    Lelaki maut rempuh belakang lori berhenti tepi lebuh raya

    SEORANG tukang masak maut selepas motosikal Yamaha 135LC dinaikinya merempuh sebuah lori yang berhenti tanpa sebab di laluan kiri Kilometer (KM) 335.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka, Dungun, Terengganu pada Sabtu. Memetik laporan Kosmo! mangsa, Muhammad Haziq Abdul Halim, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah di…

  • Padah merempit dan lumba haram, 92 remaja ditahan di Ipoh

    Padah merempit dan lumba haram, 92 remaja ditahan di Ipoh

    POLIS Perak menahan 92 remaja atas kesalahan lumba haram dalam Op Selamat yang memberi tumpuan kepada samseng jalanan yang dijalankan di beberapa lokasi panas ‘mat rempit’ awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hasan berkata mereka yang ditahan melibatkan 89 lelaki dan tiga perempuan berumur antara 15 hingga 26 tahun dalam operasi bermula…