Tag: MetMalaysia

  • MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 10 negeri

    MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 10 negeri

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 10 negeri hari ini. MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2.20 petang tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta,…

  • MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nesat

    MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nesat

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Nesat dikesan hari ini yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.  MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, ribut tropika itu dikesan pada kedudukan latitud 17.1 darjah Utara dan longitud 109.8 darjah Timur kira-kira 159 kilometer (km) ke barat daya Hainan, China. Ribut itu yang…

  • MetMalaysia keluar nasihat mengenai Taufan Nesat

    MetMalaysia keluar nasihat mengenai Taufan Nesat

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai Taufan Nesat yang kini berada kira-kira 1,328km ke barat laut Kudat, Sabah. Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan taufan itu berada di kedudukan 380km ke timur Hainan, China. Menurutnya, berdasarkan pemerhatian pada 8 pagi ini, taufan itu bergerak ke barat daya dengan kelajuan 15 km/jam dan boleh mencapai…

  • Amaran hujan berterusan untuk Sabah, Sarawak, dan Labuan – MET Malaysia

    Amaran hujan berterusan untuk Sabah, Sarawak, dan Labuan – MET Malaysia

    JABATAN Metereologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 18 Oktober 2022. Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, amaran itu dikeluarkan kerana Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau…

  • “Kami prihatin rakyat, tak takut hilang jawatan”: Saifuddin bidas Zahid

    “Kami prihatin rakyat, tak takut hilang jawatan”: Saifuddin bidas Zahid

    TAKUT kehilangan jawatan bukan menjadi punca menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini, sebaliknya gabungan itu lebih prihatin kepada kesulitan yang bakal dihadapi rakyat. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata kebimbangan PN adalah kemungkinan bencana alam, termasuk hujan lebat dan banjir, yang akan menyusah…

  • PRU15: Banjir akan berlaku di banyak tempat, kenapa mahu ambil risiko? – MetMalaysia

    PRU15: Banjir akan berlaku di banyak tempat, kenapa mahu ambil risiko? – MetMalaysia

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sangat tidak menggalakkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim monsun timur laut. Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip berkata, negara ketika ini sedang mengalami fasa peralihan monsun dan banjir dilihat sudah kerap berlaku di seluruh negara. “Kita di pihak pengurusan bencana tidak galakkan (menjalankan PRU15). Kenapa nak ambil…

  • Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Okt hingga November

    Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Okt hingga November

    FASA Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 14 Mei. “Semasa Fasa Peralihan Monsun itu, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah sesuai untuk…

  • Banjir besar diramal penghujung November – MetMalaysia

    Banjir besar diramal penghujung November – MetMalaysia

    JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Memetik laporan Berita Harian, cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala…

  • Operasi Pembenihan Awan di Empangan Bukit Merah bermula hari ini

    Operasi Pembenihan Awan di Empangan Bukit Merah bermula hari ini

    OPERASI Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Bukit Merah, Perak akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Pengerusi Jawatankuasa, Pertanian Perladangan dan Industri Makanan, Razman Zakaria, berkata OPA akan dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Ia akan diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) manakala kos ditanggung oleh Kementerian…

  • Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah

    Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah

    GEMPA bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku  pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah. Menurut kenyataan itu, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.– BERNAMA