Tag: Merdeka
-
Penduduk terkenang perjuangan pertahankan kediaman sempena sambutan kemerdekaan
KEJADIAN tahun awal 80-an yang pernah mencetuskan kegemparan itu masih segar dalam ingatan wanita tersebut. Bertudung hijau dan berbaju hitam, Rawiyah Kamil membuka cerita. Raut wajah yang dimamah usia itu menyimpan seribu satu memori di Kampung Melayu Bumi Hijau. Kawasan kampung itu dahulu terletak di tapak Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di Setapak, Kuala Lumpur. …
-
DBKL rugi RM700,000 landskap rosak dipijak pengunjung ketika sambutan merdeka
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerugian RM700,000 selepas pokok yang ditanam sebagai landskap di sekitar ibu negara rosak dipijak pengunjung ketika perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-65 Rabu lalu. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata kerosakan itu disebabkan kehadiran luar biasa pengunjung pada sambutan terbabit yang turut mengundang kesesakan teruk di sekitar…
-
Hari Kebangsaan 2022: Keluarga Malaysia serlah semangat teguh bersama
KEHARMONIAN Keluarga Malaysia dan keterujaan jelas terpancar di wajah ribuan individu pelbagai lapisan umur, bangsa dan latar belakang yang membanjiri Dataran Merdeka, bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2022. Manifestasi tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, sambutan hari bersejarah tahun ini cukup bermakna dalam menzahirkan kesyukuran dan rasa bangga masyarakat majmuk negara ini yang beramai-ramai berhimpun di lokasi utama perarakan dan perbarisan…
-
Kepimpinan berintegriti, amanah perlu jadi nilai utama
Oleh AZRIL MOHD AMIN INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 kepada seluruh warga Malaysia. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang mencatatkan detik bersejarah apabila pemasyhuran kemerdekaan diisytiharkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pengertian konsep kemerdekaan telah menjadi pasak perpaduan dalam proses pembinaan negara…
-
Nukilan ‘Warkah Merdeka 2022 Negaraku Malaysia’ Muhyiddin
Negaraku Malaysia, Sudah lebih dua tahun anak bangsamu menempuh cabaran Cabaran pandemik bersama Ribuan yang hilang nyawa, jutaan yang sakit menderita Pilu meniti hari-hari yang sengsara Negaraku Malaysia, Sesungguhnya ramai yang merasai kehilangan Bukan sahaja hilang ahli keluarga, rakan dan taulan Tetapi juga pekerjaan dan punca pendapatan Pelbagai ikhtiar diusahakan kerajaan supaya beban rakyat diringankan…
-
18 jalan sekitar Kuala Lumpur ditutup untuk program sambutan Hari Kebangsaan
SEBANYAK 18 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bagi memberi laluan kepada program sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara jalan yang terlibat ialah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan…
-
Lidah Bangsa, ilham kreatif sambut merdeka
MENJELANG sambutan ulang tahun ke-64 kemerdekaan negara, ramai yang menampilkan pelbagai idea kreatif untuk menzahirkan semangat patriotik. Ada yang berkongsi rasa melalui resepi bertemakan semangat merdeka, ada juga yang gah menggayakan aneka fesyen, menaikkan Jalur Gemilang, menghiasi kenderaan dan kediaman. Kali ini, SatuBerita.My berkongsi rakaman video deklamasi sajak oleh Wan Jailani Razak berjudul Lidah Bangsa.…
-
Pandemik Covid-19 bukan penghalang untuk sambut Merdeka
WALAUPUN pandemik Covid-19 masih tular di Malaysia, ianya tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia untuk terus menyambut hari kemerdekaan yang bakal tiba. Berbagai cara dan gaya tersendiri yang telah dilakukan oleh rakyat Malaysia demi menunjukkan semangat patriotik sempena menyambut hari kemerdekaan ke-64. Pengguna Facebook, Nur Hidayah memuatnaik gambar projeknya menghias rumah dengan bendera jalur gemilang…