Tag: Meninggal dunia
-
Pengarah APM Melaka meninggal dunia selepas rebah di pejabat
PENGARAH Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka di sini hari ini. APM Melaka dalam kenyataan memaklumkan Cuthbert John Martin, 47, menghembuskan nafas terakhir di jabatan kecemasan hospital berkenaan kira-kira 10 pagi tadi. Mendiang yang berasal dari Keningau, Sabah dilaporkan rebah secara tiba-tiba di pejabatnya di…
-
Arena takraw negara kehilangan Raja Libas
ARENA sepak takraw Malaysia kehilangan seorang legenda emas negara apabila Rehan Mohamad Din meninggal dunia di kediaman keluarganya di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor malam tadi. Perkhabaran mengenai Raja Libas Malaysia era akhir 80-an dan awal 90-an berusia 54 tahun itu dimaklumkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di laman Facebook persatuan tersebut. “Salam takziah…
-
Doktor meninggal kerana kemurungan
SEORANG doktor yang meninggal dunia dalam bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan, Jumaat lalu dikatakan kemurungan yang mungkin berkaitan dengan kerjayanya. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa kepada polis. “Mangsa dikatakan mengalami kemurungan mungkin disebabkan oleh pekerjaannya. “Polis juga ada menemui beberapa jenis…
-
Pelajar lelaki meninggal dunia ketika merentas desa di Terengganu
SEORANG pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Marang, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pada pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata dalam kejadian pada 8.34 pagi itu, pelajar tersebut, Aman Basri Muhd Rohaizi, 16, dikatakan terjatuh ketika sedang berlari dan pengsan. “Berdasarkan temu bual bersama…
-
Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia
BEKAS Pengarang Urusan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mohamad Nasir Yusoff, meninggal dunia hari ini pada usia 62 tahun. Anak sulung Allahyarham, Nur Nadzmi Nasirah Mohamad Nasir berkata, arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), selepas mengadu kepenatan sejurus mendarat dari Miri,…
-
Bekas wartawan hiburan Mustafar AR meninggal dunia
TOKOH wartawan hiburan Mustafar Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Mustafar AR, 79, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini semalam. Perkara itu disahkan anak kedua Allahyarham, Muszaidi Mustafar, 50, menerusi catatan di Facebooknya. “Mohon doakan Abah saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. Mustafar yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia dilaporkan…
-
Tengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia
BEKAS Menteri Pertahanan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta di sini pada 8.43 malam ini, akibat sakit tua. Allahyarham berusia 94 tahun. Anak veteran UMNO itu, Tengku Farith berkata bapanya yang mesra disapa Ku Deen mengalami strok dua minggu lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital…
-
Pelantun lagu ’Perajurit Tanah Air’ Jamaludin Alias meninggal dunia
PELANTUN lagu patriotik ‘Perajurit Tanah Air’, Jamaludin Alias, meninggalkan dunia hari ini. Anaknya yang dikenali sebagai Fazli ketika mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham meninggal dunia pada usia 85 tahun kira-kira 5 pagi tadi akibat sakit tua. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat, hari ini. Jamaludin yang juga bekas pengulas…
-
Bekas KSN, Ali Hamsa meninggal dunia
BEKAS Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun di Hospital Dublin, Ireland. Berita itu disahkan KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada pagi Khamis. Beliau mewakili seluruh warga perkhidmatan awam Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. “Mewakili seluruh warga Perkhidmatan Awam…
-
Pesara TUDM meninggal ketika solat Isyak
SEORANG pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yusri Taib, 51, meninggal dunia ketika menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Kuala Selangor, malam tadi. Beliau yang berasal dari Melaka sebelum itu rebah dalam rakaat pertama solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia oleh kumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh. Abang Allahyarham, Mat Isa Taib,…