Tag: mengaku bersalah
-
Remaja 17 tahun mengaku salah ‘wheelie’ bersama isteri 16 tahun
SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas tuduhan melakukan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal pada 1 Syawal lalu. Memetik laporan Sinar Harian, pertuduhan terhadap buruh kasar tersebut dibuat di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menunggang motosikal jenis Honda C100B dengan cara mengangkat…
-
Hina agama: Siti Nuramira mengaku bersalah, didenda RM8,000
BEKAS hos sukarela sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah didenda RM8,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan melukakan perasaan orang lain dengan menyentuh isu agama ketika membuat persembahan komediri (stand up comedy) pada Jun tahun lalu. Pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima…
-
Penganggur mengaku bersalah cederakan pengawal keselamatan guna pedang
SEORANG penganggur yang didakwa menyerang pengawal keselamatan menggunakan pedang selepas ditegur kerana menunggang motosikal secara berbahaya, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani di sini, hari ini. R Subramaniam, 41, dari Kampung Sungai Puntar, Bedong membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid, lapor Astro AWANI. Mengikut pertuduhan, Subramaniam dengan…
-
Aktivis wanita menangis teresak-esak mengaku salah buat hantaran jelik
SEORANG aktivis wanita menangis teresak-esak ketika mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya berhubung isu agama Kristian dalam laman profil Facebook miliknya, tahun lepas. Wan Asshima Kamaruddin, 38, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM) dilihat tidak dapat menahan sebak dan…