Tag: maut
-
Warga emas ditemukan maut dalam kereta selepas banjir surut
SEORANG warga emas maut akibat lemas di dalam keretanya yang ditemukan di ladang kepala sawit di jalan utama Felda Selancar 2, Rompin, selepas banjir surut. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan Abdullah Satar, 73, yang merupakan peneroka di Felda itu pada 6.40 petang semalam. “Berdasarkan siasatan awal, keluarganya…
-
Dibelasah hingga maut angkara dendam, cemburu
DENDAM dan cemburu dipercayai menjadi motif seorang pemandu lori maut dipukul di sebuah pangsapuri di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan dijalankan mendapati adik mangsa (pengadu) menerima panggilan telefon daripada rakannya pada jam 7.15 pagi memaklumkan abangnya didatangi sekumpulan individu…
-
Bayi dua bulan maut dihempap abang berusia lima tahun
“UJIAN saya ini sikit saja, berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta. ‘ Demikian luahan Meor Syazalee Sha @ Meor Sha,38, bapa kepada bayi Maryam Sofea berusia dua bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihempap abangnya ketiganya berusia lima tahun ketika tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, Masjid…
-
Warga emas maut SUV rempuh pokok
SEORANG lelaki warga emas maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Jalan Tun Mustapha, Labuan, awal pagi ini. Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawilla berkata ketika kejadian mangsa Chan Wah Shin, 62, yang memandu sendirian hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di bahagian tepi jalan raya.…
-
3 beranak maut, motosikal rempuh lori ketika lampu isyarat merah
NAHAS maut membabitkan tiga beranak di Jalan Persiaran Tanjung di sini, petang semalam dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa merempuh belakang sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat merah. Pemangku Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Superitenden Fariz Ammar Abdullah, berkata kejadian kira-kira 4.40 petang itu menyebabkan tiga beranak iaitu suami isteri dan anak mereka,…
-
Penuntut cemerlang IPT maut jatuh bangunan
SEORANG penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pusat-beli belah, di sini, pada petang Khamis merupakan pelajar cemerlang dan pernah beberapa kali memenangi Anugerah Dekan. Mangsa berumur pertengahan 20-an itu sering memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.85 dalam bidang pengajiannya dan disebabkan kefasihannya berbahasa Inggeris serta…
-
Inspektor polis maut kemalangan di Tumpat
SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas di KM5 Jalan Palekbang-Tumpat berhampiran Wakaf King, Tumpat, malam tadi. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian pada 11.30 malam itu menyebabkan Inspektor Chong Yeong Ren, 29, tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah…
-
Penunggang motosikal maut bertembung kereta masuk laluan bertentangan
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan di KM 17, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Som, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi,ketika mangsa berusia 25 tahun yang membonceng isterinya dalam perjalanan dari Damak ke…
-
Budak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
KANAK-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini semalam meninggal dunia tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya…
-
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
SEORANG lelaki kurang siuman maut dipercayai dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah masjid di Pulau Melaka, di sini pada Ahad. Ekoran kejadian tersebut, seramai 15 pelajar tahfiz ditahan bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, tiga darinya telah dihantar pulang. Seorang tenaga pengajar yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik…