Tag: maut
-
Tembakan gereja: Seorang maut, 5 lagi cedera
SEORANG maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah gereja di California barat, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua. Insiden berlaku di Bandar Laguna Woods di Orange County di California pada petang Ahad, menurut Jabatan Syerif Orange County. “Pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.26 petang. Empat mangsa cedera parah, seorang cedera ringan. Seorang…
-
Suami isteri disyaki dera anak saudara sehingga maut direman 7 hari
PASANGAN suami isteri yang ditahan semalam berhubung kematian kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dipercayai didera, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Anis Hanini Abdullah selepas menerima permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret di sini. Pasangan suami isteri berusia 40 tahun itu yang…
-
Lelaki maut ditetak parang akibat rebut kekasih
BAPA kepada dua anak maut selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam satu kejadian berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru di sini semalam. Mangsa berusia 35 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam ketika menerima rawatan susulan mengalami kecederaan pada leher, badan serta kedua-dua tangan dipercayai ditetak suspek menggunakan parang. Difahamkan, kejadian pukul 8…
-
Lelaki maut rempuh belakang lori berhenti tepi lebuh raya
SEORANG tukang masak maut selepas motosikal Yamaha 135LC dinaikinya merempuh sebuah lori yang berhenti tanpa sebab di laluan kiri Kilometer (KM) 335.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka, Dungun, Terengganu pada Sabtu. Memetik laporan Kosmo! mangsa, Muhammad Haziq Abdul Halim, 21, meninggal dunia akibat kecederaan parah di…
-
Kemalangan maut lima sahabat: Jenazah Iqbal Hasnun selamat dikebumikan
JENAZAH penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Iqbal Hasnun Halimi, 23, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong, di sini, pada jam 7.30 pagi pada Sabtu. Memetik laporan Astro Awani, jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam…
-
Israel lancar serangan udara, 5 maut di Syria
ISRAEL melancarkan serangan udara ke atas tengah Syria menyebabkan lima maut, termasuk seorang penduduk awam, lapor media negara ini, pada Jumaat. “Israel melancarkan serangan udara dengan letupan sejumlah peluru berpandu, membabitkan beberapa sasaran di wilayah tengah. “Serangan itu mengakibatkan lima terkorban,” lapor agensi berita rasmi, SANA yang memetik sumber pihak tentera. Menurut laporan Berita Harian,…
-
Tentera Israel tembak mati wartawan Al Jazeera
TENTERA Israel telah menembak mati seorang wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin. Shireen dilaporkan terkena peluru hidup pada Rabu ketika sedang membuat liputan serangan Israel di bandar Jenin dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, menurut kementerian dan laporan Al Jazeera. Memetik laporan Astro Awani, dia disahkan meninggal dunia di…
-
Bekas pemain NBA Adreian Payne maut ditembak
BEKAS pemain NBA, Adreian Payne, 31, maut akibat ditembak dalam satu insiden di Orlando, Florida pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik polis. Syerif Kaunti Orange di Orlando berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi waktu tempatan (0537GMT), mangsa disahkan meninggal dunia ketika di hospital. Payne bersama NBA sebanyak empat musim dengan menyertai Atlanta…
-
Remaja OKU maut tertiarap dalam kebakaran
SEORANG remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) maut dalam insiden kebakaran sebuah bilik di rumahnya di tingkat lapan Pangsapuri Desa Bayan, Bayan Lepas dekat George Town hari ini. Muhammad Nur Iqmal Aiman Mohd Shakrisham, 18, ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan 80 peratus bahagian belakang badannya melecur. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau…
-
Seorang pemotong rumput maut, seorang parah dirempuh MPV
SEORANG pemotong rumput maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika berehat di bahu jalan, Jalan Pintasan Semeling berhampiran Taman Malinja, Bedong, Kedah, hari ini. Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, seorang daripada mangsa meninggal dunia di lokasi manakala rakannya patah bahu tangan kanan dan masih menerima rawatan di hospital. Ketua…