Tag: mahkamah
-
Pengembala lembu didakwa bunuh wanita, sorok mayat bawah katil
SEORANG pengembala lembu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang atas pertuduhan membunuh seorang kerani wanita dua minggu lepas, yang mayatnya ditemukan disorok di bawah katil di sebuah rumah. M. Kirubakaran, 29, didakwa membunuh Lee Ling Tee, 40, di rumah mangsa di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas di Sungai Jawi, Nibong Tebal antara 3 pagi…
-
Suri rumah didenda RM12,000 sebar berita tidak benar mengenai vaksin
PADAH menyebarkan berita tidak benar tentang vaksin menerusi hantaran video dalam aplikasi Facebook, seorang suri rumah hari ini didenda RM12,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Tengku Noor Azlin Wa Kembang Tengku Azizan, 46, selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar…
-
Zahid Hamidi sakit, bicara kes rasuah tangguh 1 September
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, melapangkan perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) hari ini dan mengekalkan 1 September untuk sambung bicara. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah membenarkan permohonan pembelaan selepas meneliti surat hospital yang dikemukakan berhubung kecederaan dialami Ahmad Zahid. “Namun, tarikh…
-
Tidak hadir perbicaraan, Hakim berang dengan Najib
HAKIM Mahkamah Tinggi yang mendengar kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak, berang kerana bekas Perdana Menteri itu tidak hadir pada prosiding perbicaraan, pagi ini. Sebaik saja perbicaraan kes itu bermula pada jam 9.30 pagi, peguam Rahmat Hazlan yang mewakili Najib memaklumkan mahkamah, anak guamnya dipanggil ke Istana Negara bagi mengesahkan sokongannya…
-
4 lelaki termasuk dua beradik didakwa membunuh
Oleh Abu Ubaidillah Rahman EMPAT rakan termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki 2 Ogos lalu. Tan Kok Leong, 53; Ngh Wai Seng, 45; Gian Tin Siong, 48, dan adiknya Gian Then Seng, 46, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli. Bagaimanapun…
-
Penjual daging didakwa edar dadah terlepas hukuman gantung
SEORANG penjual daging di pasar awam terselamat daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 59.7 kilogram (kg) tiga tahun lalu. Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sahul Hamid Mohd, 44, di…
-
Pemandu bas tak mengaku salah cabul kanak-kanak perempuan
SEORANG pemandu bas sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual ke atas seorang murid perempuan berusia 10 tahun, dua tahun lalu. Tertuduh K.Ravichandran, 53, selain itu minta kesnya agar dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Dia didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak itu di atas…