Tag: mahkamah
-
Pegawai ATM didakwa terima rasuah RM2,500
SEORANG pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Leftenan Kolonel didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2,500 bagi urusan kerja-kerja di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, tahun lalu. Tertuduh Shafizan Amin, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali. Mengikut pertuduhan, Shafizan yang berjawatan sebagai…
-
Pemotong rumput didakwa rogol adik ipar
Oleh MOHD LAZIM ENDUT SEORANG pemotong rumput didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas tiga pertuduhan merogol adik iparnya yang berusia 12 tahun dalam kejadian pada Februari dan Julai lalu. Tertuduh yang berusia 36 tahun dan juga merupakan bapa kepada dua orang anak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. Pertuduhan terhadapnya dibacakan…
-
Bekas kakitangan kerajaan dan kenalan didakwa seludup warga Indonesia
BEKAS kakitangan kerajaan berstatus kontrak dan seorang kenalan wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menyeludup tujuh warga Indonesia. Jafperi Noor, 54, dan Rohani, 49, warga Indonesia masing-masing mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. Mereka didakwa bersama-sama telah menjalankan penyeludupan migran terhadap enam lelaki…
-
Pandu lawan arus: pegawai pemasaran didakwa bunuh dua remaja
SEORANG pegawai pemasaran syarikat swasta yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini atas dua pertuduhan membunuh. K. Devaaswin, 24, didakwa membunuh Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, di Kilometer (KM) 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur, di Shah Alam pada…
-
4 warga Bangladesh, seorang wanita tempatan didakwa culik dan minta tebusan
EMPAT warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, Selangor hari ini atas pertuduhan melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dan meminta wang tebusan sebanyak 1 Juta Taka Bangladesh (kira-kira RM50,000), Ogos lepas. Mereka ialah pasangan suami isteri, Josim, 32, dan Faridah Jeya Sly Ramesh, 27, (wanita tempatan); Md Raihan Hosen, 28; Miah Soraf, 33, serta…
-
SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadikan empat rumah milik mereka di Rawang sebagai tempat perjudian pada Julai lalu. Tertuduh, Liow Lian Keong, 40 dan isteri, Chen Lye Kuen, 41, yang didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan majistret…
-
10 didakwa kes palsukan sijil vaksin Covid-19
SERAMAI 10 individu sudah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil vaksinasi, setakat ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said memaklumkan daripada jumlah itu, seorang individu didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan. “Berdasarkan pecahan mengikut negeri, seorang individu terbabit di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) dan Sabah (dua). “Seorang…
-
Penganggur didakwa 15 tuduhan seks luar tabii, amang seksual dan cabul anak tiri
SEORANG penganggur berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Selayang di sini hari ini, atas 15 pertuduhan melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal dan mencabul dua anak tiri perempuannya antara 2015 dan 2020. Tertuduh yang memakai baju-T berwarna merah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen…
-
Syed Saddiq kekal pengakuan tidak bersalah
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000, tiga tahun lepas. Syed Saddiq, 29, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Hakim Suzana Hussin. Pada…
-
Jangan komen kes sedang dibicarakan: Amaran Hakim ekoran hantaran anak Zahid di Instagram
HAKIM Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlangsung. Amaran itu dikeluarkan Datuk Collin Lawrence Sequerah setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Raja Rozela Raja…