Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mahkamah Rayuan Archives - Page 3 of 7 -

Tag: Mahkamah Rayuan

  • Mahkamah Sepanyol tolak rayuan ‘waris Sultan Sulu’

    Mahkamah Sepanyol tolak rayuan ‘waris Sultan Sulu’

    MAHKAMAH Perlembagaan Sepanyol, hari ini menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu mendakwa sebagai ‘waris Sultan Sulu’, berhubung pembatalan pelantikan Dr Gondoza Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara Malaysia dan Sulu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kerajaan baru menerima pengesahan rasmi…

  • Wanita fail kebenaran rayu keputusan mahkamah kembalikan status agama

    Wanita fail kebenaran rayu keputusan mahkamah kembalikan status agama

    WANITA berusia 37 tahun yang terlibat dalam pertikaian undang-undang berhubung status agamanya membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikannya statusnya sebagai seorang Islam. Peguamnya A.Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya telah memfailkan notis usul semalam, memohon kebenaran untuk meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan. Pada 13 Jan lepas,…

  • Mahkamah Rayuan benar JKM kemuka keterangan lanjut dalam rayuan Rumah Bonda

    Mahkamah Rayuan benar JKM kemuka keterangan lanjut dalam rayuan Rumah Bonda

    MAHKAMAH Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan bagi mengemukakan keterangan lanjut untuk dimasukkan dalam rayuan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai Rumah Bonda. Rayuan Rumah Bonda itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Nov 2021 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman…

  • Najib gagal gugurkan hakim Mahkamah Rayuan

    Najib gagal gugurkan hakim Mahkamah Rayuan

    DATUK Seri Najib Tun Razak gagal dalam usahanya untuk menggugurkan hakim Mahkamah Rayuan daripada menganggotai panel hakim yang mendengar permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengekalkan sabitan serta hukuman terhadapnya kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli berkata mahkamah tidak diyakinkan dengan hujah peguam Tan…

  • Kalimah ALLAH: 3 majlis agama Islam negeri jadi ‘amicus curiae’

    Kalimah ALLAH: 3 majlis agama Islam negeri jadi ‘amicus curiae’

    MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan tiga majlis agama Islam negeri bertindak sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak penggunaan kalimah “Allah” oleh wanita beragama Kristian dari Sarawak bagi tujuan pendidikan agamanya. Tiga majlis itu ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis…

  • Kes saman Altantuya: Kerajaan,Razak Baginda fail rayuan

    Kes saman Altantuya: Kerajaan,Razak Baginda fail rayuan

    KERAJAAN dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan saman keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006. Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu. Peguam Harshaan Zamani yang mewakili keluarga model itu ketika…

  • Dua lelaki dipenjara lima tahun miliki pisau,kapak di tempat awam

    Dua lelaki dipenjara lima tahun miliki pisau,kapak di tempat awam

    MAHKAMAH Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua lelaki kerana memiliki kapak dan pisau di tempat awam tanpa kebenaran. Panel tiga hakim menolak rayuan Mohd Mohd Saufi Kembaren Zulfri, 29 dan Muhammad Aiman Hakimi Hashim, 24, terhadap sabitan dan hukuman penjara itu. Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang…

  • Mahkamah dengar rayuan bekas pembantu Anwar 7 April

    Mahkamah dengar rayuan bekas pembantu Anwar 7 April

    MAHKAMAH Rayuan akan mendengar rayuan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan balas terhadap dakwaan salah laku seksual pada 7 April ini. Mahkamah itu juga akan mendengar rayuan Yusoff Rawther terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membuang beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan presiden PKR itu. Peguam Navpreet Singh yang mewakili Anwar berkata,…

  • Najib rayu keputusan mahkamah batal saman terhadap Tommy Thomas

    Najib rayu keputusan mahkamah batal saman terhadap Tommy Thomas

    BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasa dengan mendakwanya atas pertuduhan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam Yudistra Darma Dorai yang mewakili Najib ketika dihubungi hari ini berkata notis rayuan itu difailkan…

  • Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023

    Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023

    MAHKAMAH Rayuan menetapkan 9 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki yang diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lima tahun lepas. Peguam Haijan Omar yang mewakili remaja terbabit berkata rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas…