Tag: mahkamah persekutuan
-
Mahkamah Persekutuan mula dengar permohonan semakan Najib batal sabitan kes SRC
MAHKAMAH Persekutuan hari ini mula mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula keputusan terdahulu tertuduh yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Bekas perdana menteri itu memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai…
-
Permohonan Najib bagi semakan kes SRC ditetapkan sehari
MAHKAMAH Persekutuan menetapkan sehari pada 19 Jan untuk mendengar permohonan semakan Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd. Sebelum ini mahkamah menetapkan tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 26 Jan untuk mendengar permohonan semakan bekas perdana menteri itu. Timbalan Pendakwa…
-
Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan isu kerakyatan anak lahir di luar negara
MAHKAMAH Persekutuan, hari ini membenarkan rayuan supaya kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia, yang berkahwin dengan warga asing, berhak mendapat kerakyatan Malaysia. Rayuan itu dibuat oleh Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, selain seorang wanita kelahiran luar negara,…
-
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati ke atas lelaki bunuh bekas tunang
MAHKAMAH Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sebatang sungai tujuh tahun lepas. Rayuan terakhir Yuwafee Heidi Hamdan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya ditolak oleh panel tiga hakim yang mendapati tiada merit dalam rayuannya. Hakim Besar Sabah…
-
Kes SRC: Permohonan Najib semak keputusan Mahkamah Persekutuan tidak bermerit – Pendakwaan
PIHAK pendakwaan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd mendakwa bekas perdana menteri itu diberikan perbicaraan adil dan tiada pratimbangan dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul berkata permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dipohon Najib di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah…
-
Cukai tertunggak lebih RM1.7 bilion: Najib,Nazifuddin berjaya gantung penghakiman
DATUK Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin hari ini berjaya mendapatkan perintah untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak berjumlah lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Perintah itu direkodkan oleh panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim…
-
Langgar kewajipan statutori: Majlis peguam gagal semak keputusan Mahkamah Persekutuan
MAJLIS Peguam gagal menyemak keputusan terdahulu Mahkamah Persekutuan bahawa ia telah melanggar kewajipan statutorinya apabila membenarkan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibahaskan pada Mesyuarat Agung tahunan (AGM) badan itu ketika beliau bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk…
-
Jamal gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin
KETUA UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan mahkamah yang mendapati beliau mengeluarkan kenyataan memfitnah bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah. Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Jamal, mengatakan bahawa mahkamah tertinggi itu tidak bersetuju dengan hujah peguam V. Mugunthan bahawa kebenaran merayu…
-
Negara luar beri reaksi positif kes Najib – Saifuddin
KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC oleh Datuk Seri Najib Razak adalah bukti sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan. Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, negara-negara luar melihat keputusan tersebut sebagai sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah dan tidak mencampuri…
-
Kes SRC: Najib tidak pernah pertikai RM42 juta dideposit ke akaun peribadi – Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mempertikai RM42 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sepanjang perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd. Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan penghakiman setebal 15 muka surat itu berkata, teras pembelaan Najib…