Tag: lapor
-
Lapor kepada Jabatan Agama jika terdapat pendakwah luar negara meragukan
UMAT Islam di negara ini dinasihatkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing, sekiranya mendapati terdapat pendakwah jemputan dari luar negara yang meragukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata ini kerana kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan, bagi memastikan pihak berkuasa agama negeri dapat menjalankan siasatan terperinci…
-
Pelakon remaja sudah buat laporan polis dakwaan dipukul, gangguan seksual
PELAKON remaja perempuan bersama ibunya sudah membuat laporan polis susulan dakwaan remaja itu dipukul dan menerima gangguan seksual seperti didedahkan melalui media sosial, baru-baru ini. Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pihaknya sudah menerima maklumat daripada polis bahawa siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang…
-
Dokumen kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah lapor polis
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan rasuah Datin Seri Rosmah Mansor. Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang tular di media…
-
[VIDEO] Cukuplah ancam saya – Caprice akan buat 50 laporan polis
PENYANYI rap kontroversi, Ariz Ramli, 33, atau lebih dikenali sebagai Caprice, akan membuat lebih 50 laporan polis bermula hari ini, selepas mendakwa dia diugut dan diancam di media sosial. Caprice yang juga seorang usahawan meminta segelintir pihak yang melakukan tindakan itu supaya segera menghentikan semua jenis ugutan dan ancaman terhadap dirinya. Sebaik saja tamat tempoh…