Tag: Kes rasuah
-
Prosiding cabar kredibiliti saksi disambung 31 Oktober
PROSIDING mencabar kredibiliti saksi pembelaan ketiga pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, disambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Oktober ini. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk menangguhkan prosiding untuk membolehkan pihak pembelaan melakukan penyelidikan…
-
Kes rasuah Zahid: Catatan KJ, bomoh direkod dalam buku faraid UKSB
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu bahawa catatan “KJ”, dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku “faraid” Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam, Datuk Ahmad…
-
Kes rasuah Rosmah: Pasukan pembelaan tidak panggil Najib sebagai saksi
DATIN Seri Rosmah Mansor telah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak walaupun suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dipanggil memberi keterangan bagi pihak pembelaan. Pasukan pembelaan dalam hujahan bertulisnya berkata ia memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.…
-
Mendiang Ewe bimbang keselamatan selepas dedah kes rasuah Guan Eng
MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur diberitahu bahawa Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd (EZCB) Datuk Ewe Swee Kheng, meluahkan kebimbangan akan keselamatannya selepas membuat pendedahan berkaitan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu. Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad…
-
Perbicaraan Rosmah ditangguh lagi, status MySejahtera masih jingga
PERBICARAAN kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, ditangguhkan sekali lagi, berikutan status MySejahtera isteri bekas perdana menteri itu masih berwarna jingga. Status jingga dalam MySejahtera menunjukkan bahawa Rosmah mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Sehubungan itu, peguam bela, Datuk Jagjit Singh, yang mewakili Rosmah, memberitahu mahkamah yang…
-
Rosmah gagal batalkan perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid
PERMOHONAN Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini. Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika menyampaikan keputusan berkata, Mahkamah juga menolak permohonan perayu untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes terbabit, sekali gus mengekalkan…