Tag: kemalangan

  • Pemandu wanita rentung kereta terbakar dalam kemalangan

    Pemandu wanita rentung kereta terbakar dalam kemalangan

    SEORANG pemandu wanita rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Nanga Medamit, dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dan polis di tempat kejadian mengenal pasti mangsa, Dorris Serudin, 55, yang memandu kereta…

  • Wanita maut diheret treler 10 meter

    Wanita maut diheret treler 10 meter

    SEORANG wanita maut dalam keadaan tragis selepas menghantar anaknya ke sekolah, apabila motosikal ditunggangnya diseret treler sejauh 10 meter di KM57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Tapah. Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi Jumaat, Shahriza Ishak, 39, parah di kepala selepas terjatuh dari motosikal ditunggangnya yang bergesel dengan treler di atas Jambatan Sungai Batang Padang. Ketua Polis…

  • Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di LPT2

    Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di LPT2

    SEORANG lelaki maut, manakala dua rakannya parah dalam satu kemalangan di KM301.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Plaza Tol Kijal berhampiran Kemaman, Terengganu. Dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi Khamis itu, Saharuzaman Abd Wahab, 48, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah bahagian kepala, manakala Kamarulzaman Abu Bakar, 52, dan Mohd Afiq Mohd Noor,…

  • Jurutera hilang ditemukan maut dalam kemalangan

    Jurutera hilang ditemukan maut dalam kemalangan

    “SAYA lega Ayah segera ditemui, biarpun sudah tidak bernyawa, kami sekeluarga reda.” Demikian luahan Zul Husni Zahari, 39, yang merupakan anak sulung kepada Zahari Zakaria, 62, juruukur di Pelabuhan Johor, yang hilang selepas bertolak dari rumahnya di Kemaman, Terengganu untuk kembali bekerja di Pasir Gudang, pada Ahad. Jelas Zul Husni, ayahnya bertolak sekitar pukul 10.30…

  • Tiga beranak maut dalam kemalangan

    Tiga beranak maut dalam kemalangan

    TIGA beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian kira-kira 11.24 malam itu meragut nyawa seorang lelaki berusia 44 tahun iaitu pemandu kenderaan berkenaan. “Dua lagi yang maut adalah anak lelaki pemandu terbabit dikenali Alkail, 16,…

  • Bas ‘makan jalan’ sebelum langgar tiga kenderaan lain

    Bas ‘makan jalan’ sebelum langgar tiga kenderaan lain

    KECUAIAN seorang pemandu bas dipercayai menjadi punca kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang. Klip kejadian itu yang kini tular menunjukkan rakaman sebuah bas dipandu secara cuai sehingga memasuki laluan bertentangan di kawasan selekoh sebelum berlanggar dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal. Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan…

  • Tiga rakan karib maut, motosikal bertembung kereta

    Tiga rakan karib maut, motosikal bertembung kereta

    TIGA rakan karib maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer (KM) 80 Jalan Jerangau-Jabor di Bukit Besi dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata Muhammad Hafiqzie Mohd Zukri; Muhammad Salman Faris Samsu; dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal, kesemuanya berumur 14…

  • Empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jambatan Santubong

    Empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Jambatan Santubong

    SEKURANG-kurangnya empat individu cedera termasuk penunggang motosikal dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Santubong, Kuching, awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.08 pagi. Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan Axia serta sebuah motosikal di lokasi kejadian. Tiada mangsa tersepit dalam nahas itu dan…

  • Kemalangan empat kenderaan, seorang rentung akibat kebakaran

    Kemalangan empat kenderaan, seorang rentung akibat kebakaran

    KEMALANGAN membabitkan empat kenderaan menyebabkan kebakaran dan seorang mangsa rentung berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Johor Bahru, awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Jamal berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta iaitu jenis BMW, Produa Myvi dan Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan. Katanya mangsa yang belum…

  • Kemalangan maut: Hilang ibu ayah, kakak, abang ipar, anak saudara sekelip mata

    Kemalangan maut: Hilang ibu ayah, kakak, abang ipar, anak saudara sekelip mata

    MEMORI menghadiri konvokesyen menjadi kenangan terakhir bagi Muhammad Naim Mohd Rodhi sebelum ibu dan bapanya maut dalam nahas jalan raya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada petang Sabtu. Anak bongsu berusia 26 tahun itu berkata dia menerima panggilan daripada ahli keluarganya pada petang semalam yang memaklumkan mengenai kemalangan tersebut yang turut mengorbankan kakak, abang ipar dan anak saudaranya. “Saya…