Tag: kemalangan
-
Kanak-kanak dua tahun antara tiga sekeluarga maut dalam kemalangan
KANAK-kanak lelaki berusia dua tahun antara tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian melibatkan dua kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan kelabu serta sebuah kereta Mazda itu pada 3.50 petang. Beliau berkata Aarish Ammar Harunarashid,…
-
Proton Exora terbakar
TULAR di media sosial apabila sebuah kereta jenis Proton Exora terbakar di KM 24.8 arah Barat, Sungai Ramal -UNITEN sebelum stesen minyak Shell. Video berdurasi 21 saat itu memaparkan kenderaan berkenaan terbakar pada lorong kiri jalan menyebabkan laluan sesak dari Sungai Chua menuju ke lokasi kejadian. Petugas trafik dan pekerja pembinaan berdekatan dilaporkan berada di…
-
[VIDEO] Polis sahkan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tanah runtuh di Labohan Dagang
POLIS mengesahkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian tanah runtuh di lombong bijih besi di Labohan Dagang, Banting, petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, hanya sebuah jentera mesin pengorek tertimbus dalam kejadian tersebut. Beliau berkata, pemandu mesin pengorek tersebut sempat menyelamatkan diri sebelum berlaku. “Pihak polis…
-
3 maut lori simen jatuh gaung
TIGA lelaki maut apabila lori membawa muatan simen yang dinaiki mereka, terjatuh ke gaung sedalam kira-kira enam meter di Jalan Merit, Kapit, Sarawak, hari ini. Ketiga-tiga mangsa itu dikenali sebagai George Wong, 33; Bunyau Manggie, 40; dan Steven Janggai Bungkang, 33. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada…
-
Empat beranak maut dilanggar treler pasir
EMPAT beranak termasuk seorang bayi maut apabila motosikal dinaiki dilanggar treler membawa muatan pasir, dalam nahas di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, Johor, hari ini. Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mangsa maut ialah penunggang motosikal, Mohamad Suti Yahaya, 39, dan isterinya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27. Dua anak pasangan itu, Nur…
-
Empat maut, 12 cedera kemalangan di LPT1
EMPAT maut manakala 12 cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 135.7 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan pada awal pagi tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda. Mereka yang maut ialah sepasang warga…
-
Seorang maut, 4 cedera kereta terhumban ke laut
SEORANG lelaki maut dan empat rakannya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke dalam laut di Jalan Persiaran Pantai Kuala Perlis-Sungai Baru, Simpang Empat di sini malam tadi. Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima mangsa itu menuju ke…
-
Penuntut UPNM maut, tiga rakan cedera kereta terlibat kemalangan
SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut manakala tiga rakannya cedera setelah kereta dinaiki mereka terbabit nahas di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Taiping dekat Kota Lama Kiri di sini malam tadi. Kejadian sekitar pukul 11.50 malam itu mengorbankan penumpang hadapan kereta jenis Perodua Kancil, Muhammad Ali Ihsan Dzulkeflee, 22, di tempat kejadian. Difahamkan, Muhammad Ali…
-
[VIDEO] Langgar lampu isyarat, lelaki melambung dirempuh kereta
PADAH langgar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal cedera parah dirempuh sebuah kereta di simpang empat lampu isyarat Jalan Besar-Jalan Bandar, Pasir Gudang, Johor, pada Jumaat. Kejadian pada pukul 1.43 petang itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk menerima rawatan. Ketua Polis Daerah Seri Alam,…
-
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan dua kereta
DUA beranak maut dan empat lagi mangsa cedera setelah terlibat dalam kejadian kemalangan yang membabitkan dua buah kereta, berhampiran Felcra Dusun Panti, dekat sini, kira-kira pukul 10.51 pagi, hari ini. Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata mangsa yang maut menaiki kereta jenis Proton Wira, Titah Abd…